Facebook Punya Pasal, Bapa Kelar Leher Anak

Facebook Punya Pasal, Bapa Kelar Leher Anak - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Facebook Punya Pasal, Bapa Kelar Leher Anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Facebook Punya Pasal, Bapa Kelar Leher Anak
link : Facebook Punya Pasal, Bapa Kelar Leher Anak

Baca juga


Facebook Punya Pasal, Bapa Kelar Leher Anak

Gara-gara kerap menghabiskan masa dengan melayari media sosial, seorang remaja perempuan cedera parah selepas dikelar bapa kandungnya di Petchaburi, Thailand.

Nation Multimedia melaporkan, Joi, 41, tidak gemar melihat anaknya yang berusia 13 tahun sering menghabiskan masa dengan media sosial seperti aplikasi Facebook dan LINE.

Suspek dikatakan mengelar leher anaknya sendiri selepas dia hilang sabar ketika dua beranak itu bertengkar.

Joi ditangkap pada malam Ahad lalu di pusat pemeriksaan di daerah Prachuap Khiri Khan Thap ketika cuba melarikan diri dengan anak perempuan bongsunya.

Mangsa yang cedera parah akibat dikelar dilaporkan telah pulih namun masih mendapatkan rawatan hospital.

Difahamkan, sikap mangsa yang kerap menghabiskan masa di media sosial membimbangkan bapanya sehingga mangsa pernah dikurung di dalam rumahnya sebelum ini.

Isteri Joi berkata, suaminya memang seorang yang panas baran dan pernah memukul anak perempuannya atas masalah yang sama.

Jelasnya, suaminya bimbang tabiat ini akan memberi kesan negatif terhadap pembelajaran anaknya.

Bagaimanapun, dia menafikan dakwaan kononnya mangsa diserang dan didera secara seksual oleh suaminya.

Joi turut pernah memberi ancaman untuk membunuh semua ahli keluarga kerana beliau cemburu dan paranoid bahawa isterinya akan kembali kepada bekas kekasihnya.

Siasatan polis mendapati Joi pernah terlibat dalam satu kes pembunuhan di daerah Muang TrangG, Thailand, 10 tahun lalu pada 14 Ogos 2007.


Demikianlah Artikel Facebook Punya Pasal, Bapa Kelar Leher Anak

Sekianlah artikel Facebook Punya Pasal, Bapa Kelar Leher Anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Facebook Punya Pasal, Bapa Kelar Leher Anak dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/facebook-punya-pasal-bapa-kelar-leher.html

Subscribe to receive free email updates: