Judul : Peruntukan Adun Penanti disekat kerajaan negeri?
link : Peruntukan Adun Penanti disekat kerajaan negeri?
Peruntukan Adun Penanti disekat kerajaan negeri?
PERAI - Hanya kerana tidak dapat menghadirkan diri pada istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas baru-baru ini menyebabkan peruntukan untuk Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin dikatakan disekat oleh kerajaan negeri.
Dr Norlela dalam laman sosial Facebooknya melahirkan rasa bimbang apabila peruntukan untuk kawasannya ditahan atau ditarik balik sehingga September 2017 yang mana tarikh dijangka berlaku PRU14.
Difahamkan, dia hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan dalam mesyuarat pimpinan PKR Pulau Pinang pada 12 Mei lalu.
Dalam tulisan di laman Facebooknya Dr Norlela berkata, dia hanya menuruti arahan pimpinan parti supaya terus berada pada Konvensyen PKR yang diadakan pada 29 April di Seberang Jaya.
“Saya ikut arahan pimpinan untuk kekal di Konvensyen PKR Pulau Pinang dan hanya Exco, Timbalan Ketua Menteri 1 dan Presiden PKR yang pergi ke majlis rasmi berkenaan.
“Sebab pimpinan-pimpinan PKR seperti Naib Presiden, Nurul Izzah, Rafizi dan naib-naib presiden akan berucap selepas perasmian dan kami wakil rakyat biasa yang tak ada jawatan diminta kekal sebagai hos supaya masih ada Adun PKR Pulau Pinang yang berada di konvensyen berkenaan,” tulisnya, malam semalam.
Dalam tulisannya juga, Dr Norlela bimbang disebabkan tiada lagi peruntukan di kawasannya akan mengganggu semua perancangan yang dilakukan untuk program Ramadan dan sambutan Hari Raya kerana perlu simpan duit yang terhad untuk kecemasan sahaja.
“Saya tak ada peruntukan untuk memberi bantuan kecemasan kepada mangsa bencana seperti kebakaran, ribut dan banir sekiranya berlaku selepas ini malah saya juga tidak ada peruntukan untuk memberi wang ihsan atau pendahuluan sekiranya ada penduduk di kawasan saya mengalami kemalangan, sakit ataupun kematian.
“Disebabkan peruntukan ini ditahan, saya tidak dapat menyalurkan bantuan kecemasan kepada orang susah, tidak dapat memberi sumbangan untuk aktiviti yang diadakan di dalam kawasan selain membantu mereka yang ingin membuat majlis berbuka puasa, moreh dan lain-lain,” katanya.
Dr Norlela juga berkata, peruntukan untuk pasukan briged wanita pada tahun ini juga tiada dan kebiasaannya peruntukan diterima akan digunakan untuk elaun dan duit minyak anggota briged wanita yang membantu mencari golongan wanita di kawasannya untuk menyertai program diadakan seperti pemirkasan mamogram, ziarah rumah ke rumah, Foodbank selain membantu melakukan kaji selidik.
Demikianlah Artikel Peruntukan Adun Penanti disekat kerajaan negeri?
Sekianlah artikel Peruntukan Adun Penanti disekat kerajaan negeri? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peruntukan Adun Penanti disekat kerajaan negeri? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/peruntukan-adun-penanti-disekat.html