Asiah Abd Jalil Akui Anaknya Sendiri Tidak Berpihak Kepadanya..

Asiah Abd Jalil Akui Anaknya Sendiri Tidak Berpihak Kepadanya.. - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Asiah Abd Jalil Akui Anaknya Sendiri Tidak Berpihak Kepadanya.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Asiah Abd Jalil Akui Anaknya Sendiri Tidak Berpihak Kepadanya..
link : Asiah Abd Jalil Akui Anaknya Sendiri Tidak Berpihak Kepadanya..

Baca juga


Asiah Abd Jalil Akui Anaknya Sendiri Tidak Berpihak Kepadanya..

 
 


Kawan rapat kepada Siti Kassim, Asiah Abd Jalil mengakui anaknya sendiri tidak berpihak kepadanya jika berlaku perceraian dengan suaminya, Mohd Hatta Saadon.
Dalam catatan terbaharu di Facebook, Asiah menceritakan anak sulungnya, Imah telah menyatakan pendirian itu ketika dipanggil guru kaunseling di sekolahnya.
Semalam anak sulung saya, Imah (umur 14 tahun) datang duduk sebelah saya. Saya di depan komputer, tengah siapkan dokumen untuk kes buli seksual di Maahad Tahfiz Al-Barakah milik pak lebai Kazim (ya, saya masih follow up kes ni). Imah selalu berminat dengan hal-hal guaman yang saya terlibat, walaupun Imah tak bercita-cita langsung nak jadi peguam.
Tiba-tiba mata Imah berair. Dia kata, siang tadi guru kaunselor panggil dia ke bilik kaunseling. Hal perceraian saya dan encik suami dah heboh satu negara. Kaunselor nak tanya pandangan dan perasaan Imah. Imah adalah best student di sekolah dia. Dapat nombor satu dalam seluruh tingkatan setiap kali peperiksaan. Tentulah guru bimbang andai masalah di rumah akan jejaskan prestasi Imah di sekolah.
Imah cerita, “Tadi kaunselor tanya, kalau Ibu dan Ayah bercerai, Imah nak ikut siapa? Imah jawab, Imah nak ikut Ayah…”
Dengan mata bergenang, Imah tanya saya, “Ibu marah tak kalau Imah cakap begitu? Imah juga ada cerita keburukan Ibu kat kaunselor. Sekarang Imah rasa bersalah kat Ibu. Sebab Ibu bukannya teruk sangat pun sebenarnya.”
Saya pandang Imah dan jelaskan, “Apa yang Imah buat tu betul. Kita kena luahkan perasaan pada orang yang kita percaya dan rasa selesa. Kalau Imah suka pada guru kaunselor, Imah boleh cakap dengan dia. Nak kutuk Ibu pun boleh, sebab itu pandangan dan perasaan Imah. Jangan tipu diri sendiri. Jangan pendam. Takut nanti Imah jadi macam Ibu, sekali meletup, jadi sangat dahsyat.”
Saya jelaskan lagi, “Tak salah untuk anak take side, nak sokong Ibu atau Ayah. Lebih-lebih lagi Imah dah besar, Imah dah boleh berfikir dengan matang. Cuma apa pun yang Imah rasa, sama ada Ibu atau Ayah yang Imah sokong, Imah tetap kena hormat kedua-dua Ibu dan Ayah sampai akhir hayat.”
Dalam catatan lain, Asiah turut menjelaskan maksud sebenar suaminya itu yang sebelum ini dilabel ‘taksub kepada PAS”

Salah satu daripada tiga bukti yang dikemukakan Asiah adalah suaminya tidak berpihak kepada adiknya Ali Abd Jalil yang dibelasah oleh anggota Unit Amal PAS.


Ada 3 peristiwa penting dalam rumah tangga saya, yang mengakibatkan saya hilang hormat kepada encik suami kerana ketaksuban bodoh dia kepada PAS. Saya rasa suami yang berpemikiran begini tidak layak untuk memimpin saya di dunia dan di akhirat.
1) Mei 2014 – Adik saya, Ali Abd Jalil dibelasah belasan anggota Unit Amal PAS selepas demonstrasi Hari Pekerja, sehingga lebam teruk seluruh badan dan hampir pecah gegendang telinga.
Suami saya minta bantuan rakan-rakannya yang ada jawatan dalam Dewan Pemuda PAS. Antaranya ialah Khairil Nizam Khirudin (sekarang Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat). Mulanya mereka komited untuk siasat. Tetapi tiba-tiba Khairil Nizam dengan angkuh mencabar keluarga kami untuk saman saja Unit Amal PAS di mahkamah.
Keluarga kami bersetuju untuk selesai secara baik tanpa melibatkan mahkamah. Kami hanya minta PAS kenal pasti anggota Unit Amal yang terlibat dan minta maaf kepada adik saya.
Arul PSM telah aturkan pertemuan dengan Mat Sabu (ketika itu Mat Sabu masih di dalam PAS) di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Tetapi pada hari pertemuan, PAS membatalkannya tanpa sebarang notis.
Ayah saya cuba minta bantuan dari Dr. Hatta Ramli (ketika itu Dr. Hatta masih di dalam PAS). Dr. Hatta selamba jawab, ala… itu pergaduhan biasa antara budak-budak muda.
Saya rasa begitu kecewa. Adik saya tidak mendapat keadilan dari sebuah parti yang mencanangkan Islam di sana sini.
Apa reaksi suami saya? Dia bersetuju dengan tindakan pimpinan PAS. Kata suami, antara menjaga imej parti Islam dan memberi keadilan kepada seorang individu, imej parti Islam lebih utama didahulukan. Suami saya begitu taksub mengutamakan parti anutannya berbanding membela ahli keluarga yang tertindas.
———-
2) Julai 2015 – Ketika ini berlaku pertelingkahan dalaman PAS. Isu baiah politik cerai taklik talak tiga terbongkar. Saya begitu marah bila mengetahui betapa murahnya PAS meletakkan nilai seorang isteri demi untuk kepentingan politik.
Apa reaksi suami saya? Dia bersetuju dengan baiah cerai taklik talak tiga dan berpendapat baiah adalah satu sunnah Nabi yang mulia di sisi agama. Suami saya berikan hujah-hujah yang sama sebiji macam artikel di bawah :-
http://ift.tt/2iJ2Vjx
Saya tanya suami, adakah jika dia diarahkan oleh pimpinan PAS untuk lafaz baiah seperti itu, dia akan buat? Dengan yakin suami saya kata, dia sanggup! Kerana dia yakin dia takkan meninggalkan parti PAS sehingga akhir hayat, maka talak tiga ke atas saya takkan jatuh sampai bila-bila.
Saya rasa begitu jijik dengan pemikiran begitu. Lelaki yang siuman tidak akan menggadaikan isteri untuk parti. Kenapa isteri yang dijadikan taruhan?
———-
3) Ogos 2016 – Saya mendapat maklumat berkaitan kes buli seksual di Maahad Tahfiz Al-Barakah milik pak lebai Kazim. Sumber saya sahih, bukan dicedok dari page Wardina atau Syed Azmi.
Apa reaksi suami saya? Bila saya maklumkan pada suami, reaksi pertama dia ialah, ini semua fitnah golongan munafik terhadap ulama’. Bila saya tunjukkan bukti yang saya ada, dia mula percaya bahawa kejadian itu benar-benar berlaku.
Tetapi suami saya kata, tak usahlah bongkar kes itu, kerana lebih baik melindungi nama baik ulama’ untuk jaga imej Islam.
Saya rasa sangat marah. Saya ada ramai anak lelaki. Bayangkan jika kejadian yang sama menimpa anak-anak lelaki saya.
Adakah suami saya akan berdiam diri, berpeluk tubuh, simpan semua cerita, demi untuk jaga nama ulama’? Suami saya kata, ya, dia akan simpan cerita begitu, kerana mafsadah memburukkan nama ulama’ lebih besar berbanding maslahah membela nasib mangsa.
———-
Pemikiran bodoh sebegitu tidak akan timbul sehari dua. Ianya kesan doktrin yang disuap ke dalam otak selama bertahun-tahun terhadap ahli PAS.
Ahli PAS yang taksub sudah tidak reti menggunakan akal dan pertimbangan untuk berfikir sendiri. Akal mereka telah di sub-con kepada pimpinan.Itulah yang saya nampak pada suami saya. Jika dia gagal melindungi isteri, anak-anak dan ahli keluarga, maka dia bukan lagi lelaki yang saya ingin hormati.

Netizen Doakan Asiah-Hatta Kembali Bersama Untuk Masa Depan Anak-Anak
Asiah Abd Jalil Akui Sengaja Promosi Perceraian Untuk Burukkan PAS
Selepas Berkawan Dengan Siti Kassim, Asiah Dedah ‘Keburukan’ Suami Di Facebook


Demikianlah Artikel Asiah Abd Jalil Akui Anaknya Sendiri Tidak Berpihak Kepadanya..

Sekianlah artikel Asiah Abd Jalil Akui Anaknya Sendiri Tidak Berpihak Kepadanya.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Asiah Abd Jalil Akui Anaknya Sendiri Tidak Berpihak Kepadanya.. dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/asiah-abd-jalil-akui-anaknya-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates: