Judul : Sesuatu untuk direnung,antara kos sara hidup dan gaya hidup
link : Sesuatu untuk direnung,antara kos sara hidup dan gaya hidup
Sesuatu untuk direnung,antara kos sara hidup dan gaya hidup
Telefon pintar terbaru, tudung selebriti, langganan WiFi, keseluruhan langganan pakej Astro dan sebagainya bukan termasuk barangan kos sara hidup. Pada asasnya ia adalah keperluan gaya hidup dan kos yang ditanggung bersama dengannya perlu dirujuk sebagai sebagai ‘kos gaya hidup’, kata MajlisBekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak).
Timbalan presidennya Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman dalam komentar yang dikeluarkan hari ini, menjelang pembentangan Bajet 2018 di Parlimen pada Jumaat ini, beliau berkata ada orang mungkin berpendapat barangan ini benar-benar perlu dan keperluan penting dalam kehidupan hari ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.
“Baiklah, sekiranya perlu, biar begitu. namun perlu diingat bahawa barangan ini bukan kos sara hidup. Pada asasnya ia adalah keperluan gaya hidup dan kos yang ditanggung bersama dengannya perlu dirujuk sebagai kos gaya hidup,” katanya.
Beliau berkata dalam menghitung kos sebenar kehidupan, mungkin ada kecenderungan sesetengah pihak untuk mencampuradukkan kedua-duanya, satu jumlah yang boleh memeranjatkan.
“Bagi mengelak kekeliruan yang mungkin berlaku, kemungkinan sekarang lebih baik dan bijaksana bagi kerajaan untuk mengeluarkan formula atau istilah baharu untuk menerangkan keadaan kebimbangan semasa berhubung kos yang ditanggung rakyat Malaysia dalam kehidupan harian mereka, katanya.
Abdul Rahman mencadangkan supaya keadaan ini harus dipanggil Belanja Kehidupan , yang diperoleh dengan menambah kos sara hidup dan kos gaya hidup.
(Kos Sara Hidup + Kos Gaya Hidup = Belanja Kehidupan)
Menyedari bahawa isu kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi perkara yang tidak tentu arahnya terutama di kalangan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) ketika ini, Abdul Rahman optimis bahawa kerajaan melalui bajet akan datang ini akan terus memperkenalkan langkah-langkah untuk mengurangkan bebanan rakyat, selaras dengan strategi menjaga ekonomi rakyat.
“Bagaimanapun, tiada siapa patut mengharapkan satu keajaiban. Harga akan meningkat
tahun demi tahun dengan atau tanpa pengenalan cukai baharu. Seiring dengan kenaikan harga, kos sudah pasti akan meningkat termasuk kos sara hidup, katanya.
Abdul Rahman berkata kenaikan harga makanan tidak ada kaitan langsung dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti yang didakwa sesetengah pihak kerana barangan yang terlibat adalah sama ada cukai dikecualikan, kadar sifar atau bersubsidi.
Bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat terhadap impak kenaikan kos sara hidup, beliau berkata kerajaan telah memperkenalkan pelbagai langkah termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia.
Abdul Rahman berkata dengan permulaan perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang pada Julai lepas turut membantu penduduk Lembah Klang menangani masalah pengangkutan mereka.
“Memandangkan langkah-langkah yang diambil kerajaan setakat ini, maka wajarlah untuk mengharapkan rakyat juga memainkan peranan dalam mengurangkan bebanan mereka.
Mereka boleh berbuat demikian dengan meningkatkan keupayaan pendapatan mereka sama ada melalui produktiviti yang lebih tinggi, meningkatkan kecekapan atau bahkan melakukan kerja sambilan sebagai tambahan. Kalau boleh, mereka juga harus mengurangkan perbelanjaan mereka pada barangan bukan kos sara hidup atau sekurang-kurangnya menangguhkan sementara hasrat untuk memuaskan kehendak hati mereka, katanya.
Mengenai Bajet, Abdul Rahman berkata dalam merangka dokumen belanjawan, kerajaan perlu mengambil kira jumlah hasil yang dijangkakan untuk dipungut bagi tahun yang dibincangkan itu dan menimbangkannya dengan hasrat rakyat , sementara pada masa sama, memastikan momentum pertumbuhan ekonomi dapat dikekalkan.
Beliau berkata Bajet 2018, yang dilabelkan sebagai Bajet Pilihan Raya juga menarik lebih banyak perhatian di kalangan rakyat kerana negara kini dalam pusingan terakhir persediaannya menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang perlu diadakan sebelum Ogos tahun depan.
Selaras dengan ini, jangkaan umum rakyat juga agak tinggi daripada biasa dengan senarai kehendak mereka lebih panjang daripada biasa.
Kali ini, ramai orang menanti-nantikan apa yang dipanggil “goodies dalam bentuk insentif, pemotongan cukai atau hadiah secara langsung seperti bonus untuk penjawat awam dan pesara, peningkatan pembayaran BR1M, peningkatan dalam kuantum elaun nelayan atau subsidi input lebih tinggi untuk para petani.
Sebagai seorang pemimpin kerajaan yang bertanggungjawab dan penyayang, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pasti suka untuk menggembirakan dan memenuhi impian setiap lapisan masyarakat, katanya.
Demikianlah Artikel Sesuatu untuk direnung,antara kos sara hidup dan gaya hidup
Sekianlah artikel Sesuatu untuk direnung,antara kos sara hidup dan gaya hidup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sesuatu untuk direnung,antara kos sara hidup dan gaya hidup dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/sesuatu-untuk-direnungantara-kos-sara.html