Azmin dakwa Khalid yang mula tawar nilai RM2.9 bilion beli SPLASH

Azmin dakwa Khalid yang mula tawar nilai RM2.9 bilion beli SPLASH - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin dakwa Khalid yang mula tawar nilai RM2.9 bilion beli SPLASH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin dakwa Khalid yang mula tawar nilai RM2.9 bilion beli SPLASH
link : Azmin dakwa Khalid yang mula tawar nilai RM2.9 bilion beli SPLASH

Baca juga


Azmin dakwa Khalid yang mula tawar nilai RM2.9 bilion beli SPLASH

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa berselindung di sebalik nilai sebenar pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH), demikian menurut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau mendedahkan mantan menteri besar itu sebenarnya menawarkan jumlah RM2.975 bilion dalam usaha kerajaan negeri untuk mengambilalih syarikat konsesi air berkenaan.
Bukan itu sahaja, Khalid, ketika menerajui negeri didakwa gagal memaklumkan sebarang urusan rundingan berkenaan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
“Saya ingin menegaskan di dalam dewan ini, Kerajaan Negeri tidak mahu mengulangi amalan lalu.
“Pentadbiran sebelum ini menyatakan nilai tawaran pengambilalihan ke atas SPLASH adalah sebanyak RM250 juta dan inilah angka diuar-uarkan seantero dunia.
"Namun orang sama tidak pernah memaklumkan kepada dewan ini berkenaan tawaran RM2.975 bilion dibuat kepada SPLASH melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya 19 Julai 2009.
“Ia dengan pecahan seperti berikut iaitu nilai ikuiti sebanyak RM1.579 bilion dan nilai liabiliti sebanyak RM1.396 bilion,” kata Azmin.
Terdahulu dalam sesi penggulungan Bajet Selangor 2017 pagi tadi, ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Razak meminta Azmin menyatakan status terkini pengambilalihan SPLASH dan kaedah yang digunakan untuk menentukan nilai belian.
Azmin bagaimanapun meminta penerangan itu merujuk kepada jawapan balasnya petang semalam.
Isu pengambilalihan SPLASH sehingga kini belum diselesaikan meskipun tempoh tawaran sepatutnya berakhir pada Oktober lalu.
Sebelum ini semasa Khalid menjadi menteri besar, beliau berjaya mengambil alih tiga syarikat konsesi iaitu Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Konsortium ABBAS Sdn Berhad (ABBAS).
Khalid memulakan usaha pengambilalihan itu bagi mewujudkan pengurusan air secara holistik selain mengawal harga air agar tidak dijadikan perniagaan yang hanya menguntungkan pihak tertentu. 
Sebelum ini Khalid menawarkan nilai pengambilalihan SPLASH hanya RM250.6 juta selepas mengambil kira liabiliti yang ditanggung syarikat itu.
SPLASH menolak tawaran itu dan menegaskan nilai syarikatnya berjumlah RM2.5 bilion setakat 31 Disember 2013 dan jika dikira tempoh konsesi 16 tahun yang perlu dilupus, syarikat itu bernilai RM3.9 bilion.
Sebaik sahaja Azmin dilantik menggantikan Khalid, ADUN Bukit Antarabangsa itu dikatakan hampir bersetuju untuk membayar jumlah pampasan yang dituntut SPLASH iaitu RM2.7 bilion, peningkatan RM2.45 bilion daripada tawaran asal.
Khalid menyifatkan sebagai satu pembaziran wang rakyat jika kerajaan negeri pimpinan Azmin akur dengan junlah yang dituntut SPLASH itu.


Demikianlah Artikel Azmin dakwa Khalid yang mula tawar nilai RM2.9 bilion beli SPLASH

Sekianlah artikel Azmin dakwa Khalid yang mula tawar nilai RM2.9 bilion beli SPLASH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin dakwa Khalid yang mula tawar nilai RM2.9 bilion beli SPLASH dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/azmin-dakwa-khalid-yang-mula-tawar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :