Judul : Baguslah Mahathir hadir mesyuarat, kata Wan Azizah
link : Baguslah Mahathir hadir mesyuarat, kata Wan Azizah
Baguslah Mahathir hadir mesyuarat, kata Wan Azizah
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyambut baik keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk hadir ke mesyurat bersama ahli Parlimen pembangkang, Selasa depan.
Mesyuarat itu adalah bagi membincangkan mengenai kuasa imuniti dalam Dewan Rakyat, susulan siasatan ke atas beberapa wakil rakyat pembangkang yang membangkitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat.
"Bagus lah," katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui di sidang DUN Selangor, hari ini.
Terdahulu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang memaklumkan mantan Perdana Menteri itu akan hadir dalam mesyuarat bersama ahli Parlimen pembangkang bagi membincangkan kuasa imuniti di Dewan Rakyat.
Perbincangan ini dibuat kononnya mahu membela nasib tiga ahli parlimen yang juga bekas menteri kabinet iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang disiasat berhubung dakwaan membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan usul di Parlimen, beberapa hari lalu.
Untuk rekod, Muhyiddin pada dua hari lalu memberitahu dirinya dipanggil pihak polis selepas didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat baru-baru ini.
Sementara itu Husni yang juga bekas menteri kewangan II terpaksa menangguhkan sesi memberi keterangan kepada pihak polis sehingga minggu hadapan.
Demikianlah Artikel Baguslah Mahathir hadir mesyuarat, kata Wan Azizah
Sekianlah artikel Baguslah Mahathir hadir mesyuarat, kata Wan Azizah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Baguslah Mahathir hadir mesyuarat, kata Wan Azizah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/baguslah-mahathir-hadir-mesyuarat-kata.html