Judul : Dana Soros: Polis siasat Majlis Peguam
link : Dana Soros: Polis siasat Majlis Peguam
Dana Soros: Polis siasat Majlis Peguam
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihak polis sedang menyiasat Majlis Peguam berhubung dana diterima daripada Open Society Foundations (OSF), yang dikaitkan dengan jutawan Amerika George Soros.
Beliau juga mengesahkan siasatan ke atas badan itu dibuat di bawah Seksyen 124 C Kanun Keseksaan iaitu peruntukan berkaitan kesalahan membabitkan aktiviti-aktiviti yang dianggap memudaratkan demokrasi berparlimen.
Khalid berkata, lima anggota pasukan khas Bukit Aman yang menyiasat BERSIH dan Malaysiakini di bawah undang-undang yang sama juga telah ditugaskan untuk menyiasat Majlis Peguam.
"Sebaik sahaja siasatan selesai, kami akan mengemukakan penemuan kami kepada pejabat peguam negara untuk tindakan lanjut," katanya.
Pada Khamis lalu, Majlis Peguam mengaku menerima RM53,757.13 (AS$ 15,000) sebagai geran untuk kajian penyelidikan ke atas pekerja asing di Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam M Ramachelvam mendedahkan bahawa pemberian itu diterima pada 7 Januari 2015.
Beliau berkata jumlah itu digunakan untuk kajian penyelidikan dan bukan untuk operasi atau perbelanjaan pentadbiran badan peguam.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran juga mengaku menerima geran OSF, yang digunakan oleh KiniTV untuk menghasilkan program berkaitan Sarawak.
"Pemberian geran berkenaan adalah untuk menyokong KiniTV menghasilkan lebih banyak buletin dan berita di Sarawak, yang sukar dilakukan oleh Malaysiakini, memandangkan kos yang tinggi dan kesukaran ke negeri itu," katanya.
Demikianlah Artikel Dana Soros: Polis siasat Majlis Peguam
Sekianlah artikel Dana Soros: Polis siasat Majlis Peguam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dana Soros: Polis siasat Majlis Peguam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/dana-soros-polis-siasat-majlis-peguam.html