DAP belum yakin untuk 'iktiraf' PPBM, kata ahli akademik

DAP belum yakin untuk 'iktiraf' PPBM, kata ahli akademik - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP belum yakin untuk 'iktiraf' PPBM, kata ahli akademik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP belum yakin untuk 'iktiraf' PPBM, kata ahli akademik
link : DAP belum yakin untuk 'iktiraf' PPBM, kata ahli akademik

Baca juga


DAP belum yakin untuk 'iktiraf' PPBM, kata ahli akademik


Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: DAP memberi isyarat bahawa parti itu belum 'mengiktiraf' Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai sekutunya apabila tidak menjemput parti baru itu untuk menghadiri persidangan mereka pada 4 Disember depan.
 
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, ia secara tidak langsung juga memberi satu persepsi bahawa semangat persepakatan dan kesepaduan di antara pembangkang masih belum dicapai sepenuhnya.
 
"Walaupun mereka masih belum secara rasmi menjadi rakan komponen Pakatan Harapan (PH), namun saya kira apa salahnya menjemput bagi menunjukkan sebenarnya wujud kesepaduan (dalam pembangkang).
 
"Signal yang boleh kita baca apabila PPBM tak dijemput, pertama, mereka masih lagi tak mempercayai PPBM satu parti yang relevan dengan ideologi PH itu sendiri.
 
"Kedua, mungkin mereka tak melihat bahawa PPBM akan bersama-sama PH walaupun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)," katanya kepada Antarapos.
 
DAP bagaimanapun menjemput rakan komponennya dalam PH iaitu PKR dan AMANAH ke persidangan mereka hujung minggu depan.
 
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, dilaporkan berkata tindakan itu diambil kerana PPBM bukan sebahagian daripada komponen Pakatan Harapan.
 
Dalam pada itu ujar pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu lagi, kecenderungan PPBM yang dilihat 'mesra' PAS juga mungkin antara faktor kepada keraguan DAP itu.
 
"Dalam konteks PPBM, kita juga melihat mereka ini ada kecenderungan untuk bekerjasama dengan PAS. Kalau dilihat beberapa kenyataan dan tindakan Muhyiddin yang bersama pemimpin PAS. Mungkin ini antara signal DAP bahawa itu adalah perkara yang mereka tidak diinginkan," katanya. 
 
Beliau merujuk kepada tindakan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah sepentas bersama PAS dalam program Himpunan Harapan Semua di Terengganu, September lalu.
 
Muhyiddin baru-baru ini juga mengambil pendekatan untuk menangguhkan majlis memeterai perjanjian penyertaan PPBM dalam PH ketika konvensyen kali pertama gabungan berkenaan pada 12 November lalu.
 
Muhyiddin mengemukakan alasan bahawa penangguhan itu dibuatnya bagi membolehkan pemimpin PH berbincang lebih lanjut bersabit terma-terma perjanjian itu.
 


 


Demikianlah Artikel DAP belum yakin untuk 'iktiraf' PPBM, kata ahli akademik

Sekianlah artikel DAP belum yakin untuk 'iktiraf' PPBM, kata ahli akademik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP belum yakin untuk 'iktiraf' PPBM, kata ahli akademik dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/dap-belum-yakin-untuk-iktiraf-ppbm-kata.html

Subscribe to receive free email updates: