Judul : Di Singapura Pengurus Bank Terlibat Transaksi Haram 1 MDB Telah Dihukum, Di Malaysia Belum Pun Disiasat
link : Di Singapura Pengurus Bank Terlibat Transaksi Haram 1 MDB Telah Dihukum, Di Malaysia Belum Pun Disiasat
Di Singapura Pengurus Bank Terlibat Transaksi Haram 1 MDB Telah Dihukum, Di Malaysia Belum Pun Disiasat
Bekas pengarah urusan bank BSI Switzerland, Yak Chee Yew dijatuhi hukuman penjara 18 minggu dan denda sebanyak S$24,000 (kira-kira RM75,000) selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan jenayah.
Straits Times, Singapura melaporkan Yak mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan jenayah berhubung pemalsuan dan kegagalan memberi amaran tentang transaksi yang mencurigakan dalam siasatan berkaitan dengan 1MDB.
Yak adalah pengurus bank bagi jutawan Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dan bertanggungjawab menjaga akaun 1MDB untuk bank Swiss BSI.
Oktober lalu, Yak didakwa dengan tujuh tuduhan jenayah oleh pihak berkuasa Singapura berkaitan dengan siasatan 1MDB di republik itu.
Pada masa yang sama, seorang lagi bekas pegawai bank BSI Yeo Jiawei sedang dibicarakan dan berdepan dengan empat pertuduhan kerana cuba mengganggu saksi.
Yeo semalam memberitahu mahkamah bahawa Jho Low adalah pelanggan paling penting Yak, kerana memperkenalkan BSI kepada dana pelaburan Malaysia iaitu 1MDB.
Polis Singapura berkata mereka sedang menyiasat Low berhubung pengubahan wang haram.
Itu cerita di Singapura bukan negara Islam, cerita di Malaysia yang negaranya majoriti orang Islam dan diperintah 90% orang Islam pula, menyatakan 1 MDB tiada apa-apa kesalahan.
Sudah berbilion wang rakyat Malaysia hilang sehingga rakyat menanggung beban dengan pemotongan subsidi dan kenaikan harga barang namun tiada satu pun sisatan dijalankan terhadap
1 MDB.
Ketua Polis negara pun sampai sekarang belum lagi dapat mencari Jho Low dan Riza Aziz...nasiblah rakyat Malaysia mempunyai pemimpin seperti pemimpin umno.
Demikianlah Artikel Di Singapura Pengurus Bank Terlibat Transaksi Haram 1 MDB Telah Dihukum, Di Malaysia Belum Pun Disiasat
Sekianlah artikel Di Singapura Pengurus Bank Terlibat Transaksi Haram 1 MDB Telah Dihukum, Di Malaysia Belum Pun Disiasat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Di Singapura Pengurus Bank Terlibat Transaksi Haram 1 MDB Telah Dihukum, Di Malaysia Belum Pun Disiasat dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/di-singapura-pengurus-bank-terlibat.html