Judul : Guan Eng tegur perwakilan cemuh Dr Mahathir
link : Guan Eng tegur perwakilan cemuh Dr Mahathir
Guan Eng tegur perwakilan cemuh Dr Mahathir
Shamsher ditegur Guan Eng dan diminta menarik balik perkataan 'ular' dan 'bapa ayam' yang ditujukan kepada Dr Mahathir.
GEORGE TOWN: Pemimpin akar umbi DAP membidas kepimpinan parti kerana bekerjasama dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kemudiannya ditegur Setiausaha Agung, Lim Guan Eng.
Pensyarah undang-undang, Shamsher Singh Thind, perwakilan cawangan Chai Leng Park berkata memikiran kerjasama DAP dengan Dr Mahathir serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan partinya, Pribumi Bersatu, adalah amat dikesali.
Memetik penjelasan Lim mengenai kerjasama dengan PPBM, Shamsher berkata: “Jawapan paling bodoh pernah saya dengar dalam mempertahankan sokongan terhadap Dr Mahathir adalah ‘Musuh kepada musuh saya adalah kawan saya’”
Beliau menyifatkannya cadangan Dr Mahathir agar Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum adalah “memalukan”.
Cemuhan sokongan DAP terhadap Muhyiddin, Shamser membangkitkan sokongan bekas pemimpin Umno itu berhubung novel kontroversi Interlok dalam kurikulum sekolah.
“Dalam novel itu, India dipanggil paria. Dan apa Muhyiddin kata? Beliau berkata ia okay dan sebahagian daripada sejarah. Dan apabila (Ketua Parlimen DAP) Lim Kit Siang bertanya sama ada Muhyiddin rakyat Malaysia dahulu, Muhyiddin berkata beliau Melayu dahulu,” kata Shamsher pada persidangan perwakilan tahunan DAP Pulau Pinang.
Shamsher memetik cerita dongeng Aesop si petani dan ular, seseorang yang digigit ular selepas merawatnya. “Ular ini adalah Dr Mahathir,” katanya.
“Hey anda veteran, tidakkah anda malu dengan diri sendiri? Apabila kami berjuang untuk mengalahkan Dr Mahathir, yang diisytiharkan musuh, kini anda bersahabat? Beliau seperti bapa ayam!” kata Shamsher kepada barisan kepimpinan yang terkejut di atas pentas.
Dalam satu tindakan luar biasa, Guan Eng, menghenti Shamsher pada ketika ini, meminta beliau menarik balik perkataan “ular” dan “bapa ayam”, mengingatkan Shamsher DAP tidak merendahkan martabah dengan menggunakan kata-kata menghina.
“Kita boleh mengkritik. Janganlah kita mengikut gaya BN, Jamal (pemimpin Baju Merah) dan lain-lain. Anda tidak sepatutnya menggunakan perkataan seperti ‘bapa ayam’ dan ‘ular’. Apabila mereka merendahkan taraf diri, kita perlu tinggikan diri kita,” kata Lim.
“Anda adalah seorang pensyarah, saya pasti anda tidak akan menggalakkan pelajar anda bercakap seperti itu? Anggap ini sebagai dewan kuliah. Tunjukkan yang anda seorang lelaki berjiwa besar dan tarik balik kata-kata itu, dan anda boleh teruskan mengkritik sesiapa sahaja yang anda mahu.”
Dalam pembelaannya, Shamsher berkata beliau menggunakan perkataan sebagai perumpamaan semata-mata, dan menegaskan Lim tidak mempunyai hak mengganggu ketika beliau berucap dalam perbahasan.
“Saya tidak akan menarik balik. Hanya speaker konvensyen (Wong Shu Qi, Adun Senai) mempunyai hak untuk berbuat demikian. Saya tidak akan menarik balik walaupun beliau meminta saya berbuat demikian,” kata Shamser. Wong terus berdiam pada ketika ini.
Selepas Guan Eng mencelah, Shamsher kemudian berkata: “Maaf jika menyinggung perasaan sesiapa, tetapi saya berharap mesej saya jelas.”
Sebagai tindak balas kepada kenyataan Shamsher, ahli jawatankuasa parti negeri RSN Rayer berkata Shamsher patut memaafkan dan melupakan, sama seperti ahli-ahli kanan parti lakukan.
“Mendiang Karpal Singh berkata dalam politik tidak ada kawan dan musuh yang kekal tetapi prinsip akan kekal. Malah Kit Siang yang dipenjarakan di bawah undang-undang keselamatan dalam negeri selama 2 tahun, boleh menyokong Dr Mahathir, mengapa tidak anda?” kata Rayer.
Demikianlah Artikel Guan Eng tegur perwakilan cemuh Dr Mahathir
Sekianlah artikel Guan Eng tegur perwakilan cemuh Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Guan Eng tegur perwakilan cemuh Dr Mahathir dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/guan-eng-tegur-perwakilan-cemuh-dr.html