Judul : Harga rumah berjuta, tapi pemimpin PKR Adam Rosly tak tukar meter TNB
link : Harga rumah berjuta, tapi pemimpin PKR Adam Rosly tak tukar meter TNB
Harga rumah berjuta, tapi pemimpin PKR Adam Rosly tak tukar meter TNB
Walaupun mampu memiliki banglo agam ala ‘Disneyland’, pemiliknya yang juga pemimpin muda PKR, Datuk Adam Rosly Abdullah masih lagi menggunakan meter lama.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan rumah itu masih belum menukar taraf bekalan elektrik daripada 1 fasa kepada 3 fasa.
TNB ketika dihubungi berkata sehingga hari ini Adam masih menggunakan bekalan elektrik asal iaitu 1 fasa untuk banglo tersebut.
“Panel 3 fasa yang seperti dalam laporan disediakan pengguna.
“Bagaimanapun pengguna masih belum memohon naik taraf bekalan daripada 1 fasa kepada 3 fasa,” katanya.
Sebelum ini hasil tinjauan Pengerusi Gabungan-Gabungan NGO, Datuk Jamal Md Yunos mendapati Adam menggunakan bekalan elektrik curi apabila kotak meter tidak ada dalam kotak elektrik yang berada di luar rumah.
Tinjauan itu adalah bagi menilai kemewahan Adam Rosly yang diperoleh seawal umur 28 tahun dengan nilai aset tersebut bernilai RM 1 juta.
Berikutan itu, satu laporan telah dibuat oleh Pemuda UMNO Ampang bagi menggesa TNB menyiasat sama ada Adam Rosly menggunakan bekalan elektrik curi ataupun tidak.
Demikianlah Artikel Harga rumah berjuta, tapi pemimpin PKR Adam Rosly tak tukar meter TNB
Sekianlah artikel Harga rumah berjuta, tapi pemimpin PKR Adam Rosly tak tukar meter TNB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Harga rumah berjuta, tapi pemimpin PKR Adam Rosly tak tukar meter TNB dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/harga-rumah-berjuta-tapi-pemimpin-pkr_85.html