Judul : Henti politikkan kos ECRL kerana belum muktamad, kata menteri
link : Henti politikkan kos ECRL kerana belum muktamad, kata menteri
Henti politikkan kos ECRL kerana belum muktamad, kata menteri
Wee Ka Siong berkata, walaupun anggaran kos projek 600km dari Kuala Lumpur ke Tumpat itu kira-kira RM55 bilion, kos akhir belum dimuktamadkan kerana ia membabitkan banyak pihak berbeza.
KUALA LUMPUR: Pembangkang perlu berhenti mempolitikkan kos projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) kerana ia belum dimuktamadkan, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, walaupun anggaran kos projek 600km dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan itu kira-kira RM55 bilion, kos akhir belum dimuktamadkan kerana ia membabitkan banyak pihak berbeza.
“Apabila kita bercakap mengenai 1 memorandum persefahaman (MoU), ia bukan sekadar 1 kontrak atau perjanjian semata-mata, sebagai contoh, ia tidak memperinci spesifikasi teknikal projek secara khusus.
“Sehingga mereka memuktamadkan dan mempersetujui segala butiran, rangka kerja akan diterjemahkan kepada kontrak sebenar.
“Saya berharap orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan ahli-ahli politik tidak bertanggungjawab,” katanya selepas melancarkan Sidang Kemuncak Ekonomi China Sedunia Ke-8, hari ini.
Acara tahunan 2 hari itu yang bermula 16 November ini, akan menghimpunkan lebih 200 pembuat dasar, usahawan, penyelidik dan pemimpin pemikiran dari seluruh dunia untuk membincangkan topik berkaitan Asean dan China.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober lalu mengumumkan projek itu akan dijalankan secara berperingkat melibatkan laluan dari Pelabuhan Klang, ITT Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan akhirnya Tumpat.
Pelaksanaan ECRL dijangka bermula tahun depan dan siap pada 2022.
Wee berkata, projek itu akan menjana pertumbuhan ekonomi pesat buat negara, terutamanya di Pantai Timur.
“Saya masih ingat kritikan terhadap projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dahulu, orang menyatakan ia hanya pembaziran wang, tetapi hari ini, lebuh raya itu banyak menyumbang kepada ekonomi negara kita.
“Projek ini (ECRL) dan hubungan dua hala serta kerjasama Malaysia dan China akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara pada tahun-tahun akan datang dengan kemungkinan yang tidak berkesudahan,” katanya.
Demikianlah Artikel Henti politikkan kos ECRL kerana belum muktamad, kata menteri
Sekianlah artikel Henti politikkan kos ECRL kerana belum muktamad, kata menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Henti politikkan kos ECRL kerana belum muktamad, kata menteri dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/henti-politikkan-kos-ecrl-kerana-belum.html