Judul : Impian 202 individu mahu tunai umrah punah
link : Impian 202 individu mahu tunai umrah punah
Impian 202 individu mahu tunai umrah punah
DETIK DAILYBUTTERWORTH: Seramai 202 orang terdiri daripada pelajar, guru dan individu di Maahad Tahfiz Ibnu Sina Al Mawaddah mahu sebuah syarikat pelancongan memulangkan wang mereka kerana didakwa gagal mengatur pakej umrah untuk mereka.
Penasihat Maahad Tahfiz Ibnu Sina Al Mawaddah, Mohd Neezam Mohd Ariffin berkata beliau bersama yang lain membayar wang untuk pakej ziarah ke Mesir dan umrah yang dijadual dilaksanakan Januari lepas.
Tetapi syarikat pelancongan itu gagal membawa mereka malah sehingga kini wang tidak dipulangkan.
"Kembara Mahabbah itu membabitkan kos bernilai RM6,600 bagi seorang peserta.
"Malangnya, selepas semua bayaran dibuat dan jemaah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kami terkejut apabila diberitahu bahawa nama tidak ada dalam sistem dan tiket kita pula palsu," katanya pada sidang akhbar di sini pada Sabtu.
Beliau berkata ekoran kejadian itu, imej pusat pendidikan keagamaan berkenaan turut tercemar kerana orang ramai menyangka pihaknya yang menipu kerana kembara tersebut diuruskan maahad terbabit.
Mohd Neezam berkata pihaknya telah membuat laporan polis dan aduan kepada Biro Pengaduan Awam serta Kementerian Pelancongan berhubung perkara itu dan seorang daripada tiga pengarah syarikat berkenaan ditahan polis awal bulan ini.
Katanya, walaupun lega lelaki itu telah ditahan untuk siasatan tetapi beliau dan yang lain berharap syarikat berkenaan membayar semula wang mereka yang merupakan jumlah yang besar. -- Bernama
Demikianlah Artikel Impian 202 individu mahu tunai umrah punah
Sekianlah artikel Impian 202 individu mahu tunai umrah punah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Impian 202 individu mahu tunai umrah punah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/impian-202-individu-mahu-tunai-umrah.html