Kehadiran Tun M ke Parlimen umpama kereta antik sertai Formula 1 - Annuar Musa

Kehadiran Tun M ke Parlimen umpama kereta antik sertai Formula 1 - Annuar Musa - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kehadiran Tun M ke Parlimen umpama kereta antik sertai Formula 1 - Annuar Musa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kehadiran Tun M ke Parlimen umpama kereta antik sertai Formula 1 - Annuar Musa
link : Kehadiran Tun M ke Parlimen umpama kereta antik sertai Formula 1 - Annuar Musa

Baca juga


Kehadiran Tun M ke Parlimen umpama kereta antik sertai Formula 1 - Annuar Musa

 
 
pakai foto acap. tq
 
 
Ahli Parlimen Ketereh merangkap Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ke mesyuarat bersama pemimpin pembangkang di Parlimen sebagai bukan isu besar untuk dibincangkan.
 
Katanya, tindakan pembangkang membawa Tun M itu umpama membawa masuk sebuah kereta antik ke perlumbaan Formula Satu (F1).
 
"Ia isu kecil, bagi saya ia tidak seberapa penting. Jawapan saya sangat jelas iaitu bawa Mahathir ke Parlimen adalah seperti membawa masuk kereta antik dalam perlumbaan F1.
 
"Ia seronok untuk menonton (kehadiran Tun M) tetapi tidak relevan untuk perlumbaan (Parlimen)," katanya secara ringkas ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen di sini.
 
Dalam perkembangan lain beliau turut ditanya sama ada subjudis atau terdapat unsur menghasut daripada tindakan bekas Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berucap dan membangkitkan beberapa isu berkaitan Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  di Parlimen.
 
Annuar berkata beliau secara peribadi tidak melihat sebarang perkara pelik di dewan.
 
Sebagai menyokong Husni, Annuar menegaskan bahawa Husni hanya membangkitkan beberapa soalan yang memerlukan penjelasan kerajaan mengikut situasi terkini.
 
"Dia pernah menjawab untuk soalan tertentu tahun lepas yang berdasarkan siatusi ketika itu, kini keadaan sudah berubah, dan dia mahukan status terkini kerajaan dalam bebrapa perkara tertentu sekarang.
 
"Saya rasa itu tak salah yang mana kerajaan boleh menggunakan peluang ini untuk menjelaskan situasi semasa secara menyeluruh," ujarnya lagi. - MalaysiaGazette
 
 


Demikianlah Artikel Kehadiran Tun M ke Parlimen umpama kereta antik sertai Formula 1 - Annuar Musa

Sekianlah artikel Kehadiran Tun M ke Parlimen umpama kereta antik sertai Formula 1 - Annuar Musa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kehadiran Tun M ke Parlimen umpama kereta antik sertai Formula 1 - Annuar Musa dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/kehadiran-tun-m-ke-parlimen-umpama.html

Subscribe to receive free email updates: