Kenapa membebaskan Jufazli penting untuk rakyat Sabah?

Kenapa membebaskan Jufazli penting untuk rakyat Sabah? - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa membebaskan Jufazli penting untuk rakyat Sabah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa membebaskan Jufazli penting untuk rakyat Sabah?
link : Kenapa membebaskan Jufazli penting untuk rakyat Sabah?

Baca juga


Kenapa membebaskan Jufazli penting untuk rakyat Sabah?

Wan Salman Wan Sallam, 
jufazli-shi-ahmad 


Malam tadi jam 8.34 malam, Jufazli Shi Ahmad telah memuat naik status di laman Facebooknya berkenaan penahanannya oleh pihak polis di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur.

Jika anda sedang membaca cerita ini bermakna anda sedang meluangkan 5 minit yang bermakna dalam satu lagi siri membongkarkan kebejatan amalan demokrasi di Malaysia.

Sebagai seorang yang secara peribadinya mengenali beliau, Jufazli bukan calang-calang orangnya.
Jika kita menyangka orang Malaysia Timur selalu senyap akan penindasan pemerintah, hanya tahu “memakan dedak” dan berpelajaran rendah, beliau adalah sebaliknya.

Pada tahun 2008, beliau merupakan salah seorang daripada enam pelajar terbaik STPM peringkat negeri Sabah dengan memperoleh PNGK 4.00.

Jufazli juga merupakan lulusan Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kelantangannya sebagai salah seorang penggerak utama Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah menidakkan dengan lebih agresif lagi streotaip orang Sabah yang tidak peduli akan penindasan yang dilakukan terhadap mereka yang hanya dianggap sebagai deposit tetap Barisan Nasional saban pilihan raya.

Sehingga cerita ini disiapkan, masih belum ada lagi sebab khusus penahanan Jufazli oleh pihak polis.
Namun jika ada mana-mana pihak tertanya-tanya apakah jenayah yang telah dilakakukan oleh beliau, maka inilah “jenayah-jenayah” Jufazli yang berpotensi menggugat kedudukan para penindas rakyat di Sabah:

1. Mempersoal kebobrokan kritikal bekalan air di Sabah meskipun diperuntukkan belanjawan tertinggi sejak 5 tahun lalu untuk bekalan air (RM 715.36 juta).

2. Mempersoal kronisme projek air yang dianugerahkan selama 20 tahun kepada Hafez Musa, Anak kepada Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Sabah.

3. Menuntut SPRM menyiasat dengan mendalam tanpa bertolak ansur bukan sahaja Pengarah Jabatan Bekalan Air Sabah tetapi juga terhadap Musa Aman dan Pairin Kitingan.

4. Mengkritik dengan lantang Najib Razak kerana dipercayai menghalang siasatan SPRM terhadap Musa Aman dan VVIP UMNO Sabah yang lain.

5. Mempersoal sama ada SPRM dan Peguam Negara akan menutup kes skandal air Sabah begitu sahaja demi melindungi kepentingan individu-induvidu atau kumpulan elit tertentu di Sabah.

6. Mengkritik pengekalan jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Bekalan Air Sabah meskipun beliau selama ini bekerja rapat dan sepatutnya lebih tahu menahu berkenaan kelulusan projek-projek dan ketirisan yang berlaku oleh pengarahnya selama bertahun-tahun lamanya.

7. Mengkritik status Musa Aman yang bergerak bebas meskipun beliaulah yang selama ini bertanggungjawab mengekalkan Pengarah itu bertahun-tahun selain berpotensi mempunyai kepentingan sendiri dengan kronisme yang berlaku dalam pemerintahannya.

Pagi ini pembicaraan Jufazli akan menentukan nasib rakyat Sabah yang disuap gula-gula dan janji manis dan lebih teruk, diugut sekiranya tidka terus mengikut kata penindas yang zalim dan jika tidak memilih mereka dalam pilihan raya seterusnya.

Wahai rakyat Sabah dan Malaysia seluruhnya, ayuh bangkit menentang penindasan terhadap seorang tokoh yang membuka mata kita betapa bobroknya amalan pentadbiran negara kita dan secara tak langsung juga membuktikan betapa bobroknya amalan demokrasi di negara kita. Seteruk-teruk Amerika Syarikat dengan Trump, mereka masih membenarkan media beroperasi dan menyebarkan maklumat.

Jika hari ini kita sangka tiada lagi harapan untuk Sabah, Jufazli bangkit mmbuktikan sebaliknya. Maka marilah kita menyokong pembebasan Jufazli demi masa eepan Sabah dan Malaysia yang lebih baik!



Demikianlah Artikel Kenapa membebaskan Jufazli penting untuk rakyat Sabah?

Sekianlah artikel Kenapa membebaskan Jufazli penting untuk rakyat Sabah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa membebaskan Jufazli penting untuk rakyat Sabah? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/kenapa-membebaskan-jufazli-penting.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :