Judul : Khalid sahkan Maria bebas, enggan ulas lanjut
link : Khalid sahkan Maria bebas, enggan ulas lanjut
Khalid sahkan Maria bebas, enggan ulas lanjut
KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dibebaskan hari ini selepas ditahan sejak 18 Nov lalu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.
"Maria dibebaskan kira-kira 4.30 petang tadi," katanya kepada Sinar Online.
[ARTIKEL BERKAITAN: Maria Chin bebas selepas 10 hari]
Sebentar tadi, pembebasan Maria turut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah di laman Twitternya.
"Maria dah bebas! Ini gambar beliau bersama Ambiga. Tetapi, dia tidak sepatutnya ditahan mengikut Sosma pada mulanya," kata Saifuddin.
Pada 23 November lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, penahanan Maria tiada kena mengena dengan perhimpunan Bersih yang diadakan tetapi dibuat di bawah SOSMA kerana boleh menggugat keselamatan negara.
Maria Chin ditangkap ketika beliau berada di pejabatnya di Blok A, Pusat Perniagaan 8 Avenue, Petaling Jaya, pada 3.10 petang 18 November lalu, shari sebelum perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu lepas.
Demikianlah Artikel Khalid sahkan Maria bebas, enggan ulas lanjut
Sekianlah artikel Khalid sahkan Maria bebas, enggan ulas lanjut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Khalid sahkan Maria bebas, enggan ulas lanjut dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/khalid-sahkan-maria-bebas-enggan-ulas.html