KKM kesal dengan insiden kesilapan penyerahan mayat di Hospital Pulau Pinang

KKM kesal dengan insiden kesilapan penyerahan mayat di Hospital Pulau Pinang - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KKM kesal dengan insiden kesilapan penyerahan mayat di Hospital Pulau Pinang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KKM kesal dengan insiden kesilapan penyerahan mayat di Hospital Pulau Pinang
link : KKM kesal dengan insiden kesilapan penyerahan mayat di Hospital Pulau Pinang

Baca juga


KKM kesal dengan insiden kesilapan penyerahan mayat di Hospital Pulau Pinang

ASTRO AWANI


KKM kesal dengan insiden kesilapan penyerahan mayat di Hospital Pulau Pinang
Menurut Noor Hisham, makluman dan siasatan awal pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang dan Hospital Pulau Pinang mengesahkan bahawa perkara itu telah berlaku. - Gambar fail
 
 
PUTRAJAYA: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang dan Hospital Pulau Pinang mengesahkan berlakunya kesilapan penyerahan mayat kepada waris seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar Cina hari ini.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa   berkata,siasatan mendalam berhubung kejadian sedang dijalankan.

"Pihak KKM berasa sangat kesal dan memandang serius insiden ini. Pihak JKN Pulau Pinang dan hospital telah pun berjumpa dengan waris keluarga bagi memberi penjelasan dan berbincang mengenai perkara ini.

"Kementerian berpendirian bahawa ia tidak sewajarnya berlaku dimana-mana hospital, sama ada hospital kerajaan mahupun swasta," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi pihak hospital dan Jabatan Forensik sememangnya sudah mempunyai Garis Panduan serta prosedur pengendalian standard (SOP) mengenai Perkhidmatan Perubatan Forensik yang telah menggariskan tatacara penyerahan mayat kepada waris.

Tindakan tegas telah diambil terhadap kakitangan yang tidak bertanggungjawab serta tidak mematuhi peraturan serta SOP berkenaan.

Jelas kenyataan itu, kakitangan tersebut telah digantung tugas dan akan dikenakan tindakan tatatertib.
Sementara itu, Kementerian juga telah mengeluarkan arahan penambahbaikan serta-merta kepada pihak hospital tersebut bagi mengelakkan kejadian sama berulang. -- Bernama
 
 


Demikianlah Artikel KKM kesal dengan insiden kesilapan penyerahan mayat di Hospital Pulau Pinang

Sekianlah artikel KKM kesal dengan insiden kesilapan penyerahan mayat di Hospital Pulau Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KKM kesal dengan insiden kesilapan penyerahan mayat di Hospital Pulau Pinang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/kkm-kesal-dengan-insiden-kesilapan.html

Subscribe to receive free email updates: