KSN: Kes beberapa pegawai GLC disyaki rasuah boleh jejas kepercayaan rakyat

KSN: Kes beberapa pegawai GLC disyaki rasuah boleh jejas kepercayaan rakyat - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KSN: Kes beberapa pegawai GLC disyaki rasuah boleh jejas kepercayaan rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KSN: Kes beberapa pegawai GLC disyaki rasuah boleh jejas kepercayaan rakyat
link : KSN: Kes beberapa pegawai GLC disyaki rasuah boleh jejas kepercayaan rakyat

Baca juga


KSN: Kes beberapa pegawai GLC disyaki rasuah boleh jejas kepercayaan rakyat

MALAYSIAKINI

 
Penahanan beberapa pegawai kanan agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disyaki rasuah baru-baru ini boleh menimbulkan kekhuatiran rakyat terhadap integriti perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata tindakan tersebut sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap sektor itu.

Katanya rakyat bimbang sekiranya sistem, prosedur dan tatacara perolehan kewangan yang ditetapkan bagi melicinkan penyampaian perkhidmatan awam tidak lagi dipatuhi oleh penjawat awam.

Beliau mengulas penahanan seorang pengarah urusan sebuah syarikat GLC di Seremban dan Shah Alam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menerima suapan.

"Jangan hanya disebabkan tindakan segelintir penjawat awam yang bertindak di luar batasan undang-undang, ia tidak membawa maksud seluruh penjawat awam berkelakuan sedemikian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Integriti Nasional 2016 bertemakan 'Ke Arah Perkhidmatan Awam yang Berpotensi dan Berintegriti Tinggi' di Institut Integriti Malaysia di ibunegara hari ini.

Justeru, beliau meminta semua penjawat awam berpegang teguh kepada nilai-nilai integriti bagi mengelak terbabit dalam gelaja rasuah serta tidak merosakkan kepercayaan rakyat terhadap sistem urus tadbir perkhidmatan awam.

Dalam majlis itu, Ali turut melancarkan buku 'Modul Integriti Agensi Penguatkuasaan' bertujuan meningkatkan kefahaman dan penghayatan pegawai penguat kuasa mengenai integriti.- Bernama




Demikianlah Artikel KSN: Kes beberapa pegawai GLC disyaki rasuah boleh jejas kepercayaan rakyat

Sekianlah artikel KSN: Kes beberapa pegawai GLC disyaki rasuah boleh jejas kepercayaan rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KSN: Kes beberapa pegawai GLC disyaki rasuah boleh jejas kepercayaan rakyat dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/ksn-kes-beberapa-pegawai-glc-disyaki.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :