Lima strategi dilaksanakan basmi kemiskinan

Lima strategi dilaksanakan basmi kemiskinan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lima strategi dilaksanakan basmi kemiskinan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lima strategi dilaksanakan basmi kemiskinan
link : Lima strategi dilaksanakan basmi kemiskinan

Baca juga


Lima strategi dilaksanakan basmi kemiskinan


OLEH NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM: Lima teras strategi utama dilaksanakan bagi Rancangan Pembangunan Jangka Panjang dalam usaha mencapai kemiskinan sifar di negeri itu.

Exco Kemiskinan, Kerajaan prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, lima teras itu merupakan dasar mencakupi strategi utama dan bidang fokus yang menyeluruh.

Katanya, antaranya memperkukuh infrastruktur dan kemudahan yang smart, mencapai pendidikan inklusif, mempertingkatkan pembangunan mampan serta mewujudkan komuniti prihatin, selamat dan harmoni.

“Selain itu, memperkasa pertumbuhan ekonomi dan memperluaskan akses serta kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan serta mempertingkatkan kualiti kehidupan,” katanya di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

Manakala, katanya, tiga teras strategi bagi rancangan jangka pendek membabitkan pelaksanaan program pembangunan tahunan selari dengan agenda dan matlamat semasa.

“Antaranya, meneruskan Program HIJRAH, bantuan blueprint, bantuan rumah kerajaan prihatin, program pembangunan ekonomi nelayan dan penternak dan sebagainya.

“Ia juga mencakupi agenda Smart Selangor ke arah menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri yang smart dengan berpaksikan rakyat,” katanya.

Ganabatirau berkata sebuah Jawatankuasa Pemandu bagi pembasmian kemiskinan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kerajaan dan Komuniti Prihatin Selangor (SCCG) juga ditubuhkan.

Katanya, jawatankuasa itu berfungsi melaporkan kepada Kerajaan Negeri berhubung tahap terkini kadar kemiskinan serta langkah diambil.

“Selari dengan tema ‘Membangun Smart Selangor yang Peduli, kerangka ini menggunakan pendekatan holistik iaitu tidak hanya memfokuskan kepada golongan miskin bandar sahaja tetapi segenap lapisan masyarakat,” katanya.EZY



Demikianlah Artikel Lima strategi dilaksanakan basmi kemiskinan

Sekianlah artikel Lima strategi dilaksanakan basmi kemiskinan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lima strategi dilaksanakan basmi kemiskinan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/lima-strategi-dilaksanakan-basmi.html

Subscribe to receive free email updates: