Judul : Militan dalangi serangan bom di kampung Duterte dikepung
link : Militan dalangi serangan bom di kampung Duterte dikepung
Militan dalangi serangan bom di kampung Duterte dikepung
AHAD, 27 NOVEMBER 2016 @ 8:48 AM
JURUCAKAP tentera Filipina, Brigadier Jeneral Restituto Padilla.
MANILA: Kira-kira 100 militan kumpulan yang mendalangi serangan bom di bandar raya kelahiran Presiden Rodrigo Duterte dikepung di kawasan pergunungan terpencil pada Jumaat. Penduduk di Butig, melarikan diri selepas militan yang berkaitan kumpulan Daesh menyembunyikan diri di sebuah bangunan tinggal, kata jurucakap tentera Filipina, Brigadier Jeneral Restituto Padilla. "Pasukan bersenjata Filipina melancarkan operasi memburu pemimpin Maute," kata Padilla, menambah artileri dan pesawat membantu tentera darat. Dua anggota tentera cedera dalam pertempuran dengan kumpulan Maute sejak operasi ketenteraan bermula pada Khamis. Kumpulan berkenaan adalah antara pertubuhan bersenjata di Mindanao yang melafazkan ikrar setia kepada Daesh di Iraq dan Syria. Ketegangan menyusul penangkapan tiga anggota kumpulan itu bulan lalu, yang dituduh melancarkan pengeboman September lalu, menyebabkan 15 maut di Davao, kampung halaman Duterte dan bandar raya terbesar di Mindanao. Tentera kerajaan mengepung antara 50 dan 100 penyerang Maute untuk mengelakkan pertempuran merebak ke kawasan lain, jurucakap tentera selatan Filipina, Mejar Filemon Tan. Butig adalah pekan luar bandar diduduki ramai penduduk Islam di cerun Ragang, antara gunung tertinggi di negara itu yang terletak kira-kira 800 kilometer ke selatan Manila. Tentera kerajaan menawan kem latihan Maute di bandar itu pada Jun lalu selepas bertempur selama 10 hari yang meragut nyawa empat anggota tentera dan puluhan militan. Pernah digambarkan sebagai kumpulan pemeras ugut kecil-kecilan oleh tentera, ia menyerang pangkalan luar tentera di Butig pada Februari, mencetuskan pertempuran selama seminggu yang menyebabkan enam anggota tentera dan 12 militan terbunuh. - AGENSI
Selanjutnya di : http://ift.tt/2fL2nTo

Demikianlah Artikel Militan dalangi serangan bom di kampung Duterte dikepung
Sekianlah artikel Militan dalangi serangan bom di kampung Duterte dikepung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Militan dalangi serangan bom di kampung Duterte dikepung dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/militan-dalangi-serangan-bom-di-kampung.html