Najib selar pembangkang perguna NGO untuk tentang kerajaan

Najib selar pembangkang perguna NGO untuk tentang kerajaan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib selar pembangkang perguna NGO untuk tentang kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib selar pembangkang perguna NGO untuk tentang kerajaan
link : Najib selar pembangkang perguna NGO untuk tentang kerajaan

Baca juga


Najib selar pembangkang perguna NGO untuk tentang kerajaan

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pembangkang sebagai pihak yang kalah dalam pilihan raya tidak perlu berselindung di sebalik sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menentang kerajaan.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sambil menyelar pembangkang berkata, pihak tersebut berhak untuk mengkritik kerajaan tetapi hendaklah menggunakan saluran yang betul.
 
"Namun di Malaysia, keadaan berbeza. Parti pembangkang di negara ini mempergunakan sebuah NGO yang kononnya tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan memerangi rasuah, untuk menekan kerajaan melalui perhimpunan," katanya.
 
Najib berkata demikian dalam ucapan bertajuk 'Sandiwara Perhimpunan Pembangkang' yang dimuat naik di laman www.najibrazak.com hari ini.
 
Beliau berkata rakyat sedia maklum bahawa NGO itu sebenarnya merupakan boneka pembangkang, memandangkan hampir kesemua perhimpunan yang telah dan akan diadakan diketuai pemimpin pembangkang.
 
"Pada perhimpunan kedua, mereka mengganas di Kuala Lumpur hingga menterbalikkan kereta polis. Perhimpunan ketiga pula, mereka mendengar arahan ketuanya merempuh halangan polis sehingga menimbulkan kekecohan.
 
"Pada edisi keempat pula, mereka bersorak untuk menjatuhkan parti pemerintah, tetapi memanggil diri mereka non-partisan. Akhir sekali pada perhimpunan kali kelima ini pula, mereka menjunjung pemimpin pembangkang yang sudah didakwa melakukan rasuah, padahal mereka kata mahu memerangi rasuah.
 
"Tidakkah sudah terang lagi bersuluh, bahawa perjuangan mereka adalah palsu dan perhimpunan ini hanyalah gerakan parti pembangkang yang berselindung sebagai NGO non-partisan untuk menentang kerajaan yang dipilih rakyat?," kata Najib.
 
Menurut Perdana Menteri, majoriti rakyat sudah lali dengan taktik yang digunakan pembangkang, dan mereka hanya mahukan khidmat bakti daripada kerajaan.
 
"Itulah yang saya dan pasukan saya akan terus lakukan," katanya.
 
Esok, pembangkang akan menyertai Himpunan BERSIH 5 anjuran NGO BERSIH 2.0 bagi mendesak pengunduran Najib, reformasi dalam sistem kerajaan serta pilihan raya yang adil.
 
 


Demikianlah Artikel Najib selar pembangkang perguna NGO untuk tentang kerajaan

Sekianlah artikel Najib selar pembangkang perguna NGO untuk tentang kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib selar pembangkang perguna NGO untuk tentang kerajaan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/najib-selar-pembangkang-perguna-ngo.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :