Judul : Pembangkang, Tun M mahu bincang kuasa imuniti Ahli Parlimen
link : Pembangkang, Tun M mahu bincang kuasa imuniti Ahli Parlimen
Pembangkang, Tun M mahu bincang kuasa imuniti Ahli Parlimen
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli parlimen pembangkang akan mendapatkan pandangan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kuasa imuniti dalam Dewan Rakyat.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata mesyuarat berkenaan akan diadakan Selasa depan, susulan siasatan ke atas beberapa wakil rakyat yang membangkitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat.
“Kita akan mengadakan perbincangan dengan ahli parlimen dan bekas ahli parlimen dan mereka akan datang Selasa depan untuk bincang mengenai strategi dan langkah seterusnya.
“Saya dah bercakap dengan Dr Mahathir dan tanya pendapat dia, Dia (Dr Mahathir) akan hadir,” kata Kit Siang di sidang media di Dewan Rakyat hari ini.
Perbincangan ini dibuat kononnya mahu membela nasib tiga ahli parlimen yang juga bekas menteri kabinet iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang disiasat berhubung dakwaan membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan usul di Parlimen.
Lebih lanjut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata pihaknya turut mengalu-alukan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk hadir ke mesyuarat berkenaan supaya dapat menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan kuasa imuniti itu.
“Muhyiddin, Shafie dan Husni akan hadir untuk bertindak atas cabaran itu. Saya juga jemput speaker untuk datang dan terangkan kepada semua apa yang dia buat untuk mempertahankan imuniti parlimen.
“Saya dah jemput semua ahli Parlimen BN dan menteri untuk hadir,” katanya.
Untuk rekod, Muhyiddin pada dua hari lalu memberitahu dirinya dipanggil pihak polis selepas didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat baru-baru ini.
Sementara itu Husni yang juga bekas Menteri Kewangan II terpaksa menangguhkan sesi memberi keterangan kepada pihak polis sehingga minggu hadapan.
Siasatan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan termasuk 1MDB.
Demikianlah Artikel Pembangkang, Tun M mahu bincang kuasa imuniti Ahli Parlimen
Sekianlah artikel Pembangkang, Tun M mahu bincang kuasa imuniti Ahli Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pembangkang, Tun M mahu bincang kuasa imuniti Ahli Parlimen dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/pembangkang-tun-m-mahu-bincang-kuasa.html