Judul : Penduduk Malaysia dijangka 41.5 juta pada 2040
link : Penduduk Malaysia dijangka 41.5 juta pada 2040
Penduduk Malaysia dijangka 41.5 juta pada 2040
ANTARAPOS.COMPUTRAJAYA: Penduduk Malaysia diunjurkan meningkat kepada 41.5 juta orang pada 2040, berbanding 28.6 juta pada 2010, kata Jabatan Perangkaan dalam laporan Unjuran Penduduk Malaysia (semakan semula) 2010-2040.
Bagaimanapun, menurut jabatan itu, peningkatan penduduk adalah perlahan dengan kadar pertumbuhan tahunan menurun daripada 1.8 peratus pada 2010 kepada 0.8 peratus pada 2040.
"Purata kadar pertumbuhan penduduk berkurangan 0.05 peratus setiap tahun," katanya.
Jabatan Perangkaan berkata Bumiputera menunjukkan peningkatan peratusan tertinggi sebanyak 4.8 peratus iaitu daripada 67.3 peratus pada 2010 kepada 72.1 peratus pada 2040.
Sementara itu, katanya nisbah jantina bagi 2010 adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan, meningkat kepada 108 pada 2020 dan tidak berubah sehingga 2040.
Jabatan Perangkaan berkata, struktur umur penduduk pula boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu kumpulan umur muda (0-14 tahun), kumpulan umur bekerja (15-64 tahun) dan umur tua (65 tahun ke atas).
"Umur penengah pada 2010 adalah 26.3 tahun meningkat kepada 38.3 tahun (2040) iaitu peningkatan sebanyak 12 tahun bagi tempoh 30 tahun," katanya.
Demikianlah Artikel Penduduk Malaysia dijangka 41.5 juta pada 2040
Sekianlah artikel Penduduk Malaysia dijangka 41.5 juta pada 2040 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penduduk Malaysia dijangka 41.5 juta pada 2040 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/penduduk-malaysia-dijangka-415-juta.html