PRU14: Tiada laluan mudah untuk BN raih dua pertiga

PRU14: Tiada laluan mudah untuk BN raih dua pertiga - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Tiada laluan mudah untuk BN raih dua pertiga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Tiada laluan mudah untuk BN raih dua pertiga
link : PRU14: Tiada laluan mudah untuk BN raih dua pertiga

Baca juga


PRU14: Tiada laluan mudah untuk BN raih dua pertiga


 

OLEH DR AHMAD FAKHRUDDIN FAKHRURAZI


PAS Kedah bersama rakan-rakan politik tidak akan memberi laluan mudah kepada BN mempertahankan kerajaan negeri apatah lagi memperolehi majoriti dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihanraya Umum ke-14 nanti.

Kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di konvensyen parti itu, yang mahu meraih majoriti dua pertiga dalam PRU14, adalah kenyataan yang tidak berpijak di bumi nyata.

Ia dibuat hanya untuk menyuntik semula keyakinan kepada ahli-ahli Umno yang semakin bercelaru ekoran perpecahan besar yang melanda parti itu sehingga tertubuhnya parti Bersatu. Bukan rahsia lagi, para pemimpin Umno negeri termasuk Ahmad Bashah sendiri terpaksa turun ke akar umbi untuk memujuk ahli-ahli supaya tidak meninggalkan parti.

Sejak diberi mandat semula pada PRU13, BN nampaknya masih kabur dalam merancang pembangunan ekonomi dan urus tadbir negeri yang berkesan. Sebagai perbandingan terhadap kegagalan sasaran pendapatan kerajaan Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya dicapai 92 peratus pada tahun 2010 dan 98 peratus pada tahun 2011. Sedangkan di zaman BN, sasaran hasil negeri yang berjaya dicapai pada tahun 2014 hanya 79 peratus, manakala 2015 sebanyak 55 peratus.

Sebagai kerajaan yang mendakwa mereka terbaik, BN sepatutnya mengemukakan cadangan bagaimana kaedah menjimat perbelanjaan di samping mengurang kebergantungan kepada kerajaan pusat menerusi hutang. Selain itu hendaklah berfikir bagaimana menambah rezab kerajaan bukan dengan mengurangkan milikan negeri. Semasa Kerajaan PR dijatuhkan dahulu, Kedah memiliki rezab sejumlah RM208.9 juta (2013). Hari ini rezab Kedah tinggal RM43.31 juta. Ke mana ia dibelanjakan?

Dalam persidangan Dun Kedah baru-baru ini, Adun pembangkang, khususnya PAS, telah memperlihatkan mutu perbahasan yang tinggi, jitu dan memahami sepenuhnya isu pentadbiran kerajaan negeri. Justeru, jika mereka diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menerajui Kedah pada PRU14 nanti, ia tidak membawa masalah yang besar terhadap rakyat.

Semoga impian rakyat Kedah untuk melihat berlaku perubahan besar dalam kepimpinan kerajaan negeri akan dapat direalisasikan pada PRU14 nanti.

DR AHMAD FAKHRUDDIN FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Kedah


Demikianlah Artikel PRU14: Tiada laluan mudah untuk BN raih dua pertiga

Sekianlah artikel PRU14: Tiada laluan mudah untuk BN raih dua pertiga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Tiada laluan mudah untuk BN raih dua pertiga dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/pru14-tiada-laluan-mudah-untuk-bn-raih.html

Subscribe to receive free email updates: