Judul : RUU Hadi dibentang bagi bacaan kedua di Dewan Rakyat minggu ini
link : RUU Hadi dibentang bagi bacaan kedua di Dewan Rakyat minggu ini
RUU Hadi dibentang bagi bacaan kedua di Dewan Rakyat minggu ini
Oleh Haizal Yatiran
KUALA LUMPUR: Rang undang-undang persendirian (RUU) bagi memperkasakan mahkamah Syariah yang diusul oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dibentangkan bagi bacaan kedua di Dewan Rakyat minggu ini.
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di bangunan sementara parlimen hari ini selepas mempengerusikan taklimat khas RUU berkenaan yang juga dikenali sebagai Akta 355 bagi ahli-ahli parlimen beragama Islam.
"Usul persendirian yang akan dibuat kali kedua Marang bagi menjelaskan meminda kepada apa diusulkan pada bacaan bill persendirian sebelum ini.
"Akan dibentangkan minggu ini," katanya kepada pemberita.
Zahid berkata, beliau sendiri akan membawa cadangan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi dibentangkan di mesyuarat jemaah menteri sebelum dibawa masuk ke Parlimen minggu ini.
Menurut Zahid lagi, taklimat yang berlangsung selama lebih sejam petang ini menghurai segala pertembungan pendapat berhubung RUU 355 tersebut di kalangan Ahli-ahli Parlimen beragama Islam.
"Dan saya akan bawa cadangan ini kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan di mesyuarat jemaah menteri bagi mendapat persertujuan kabinet supaya perkara ini dapat diterima pakai kerana cadangan-cadangan yang disebut Ahli Parlimen pelbagai parti adalah pertama kali, satu permulaan baik dan kita hormati sensitiviti agama lain.
"Dan tidak tujuan kerajaan bermaksud demikian dan tidak tujuan marang mempolimik keadaan atau mengekuruhkan suasana pelbagaian agama di negara.
RUU bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Hukuman Jenayah) 1965 dibentang oleh Hadi pada 26 Mei lalu.
RUU yang juga dikenali sebagai ‘undang-undang hudud’ bertujuan bagi memperkasa mahkamah Syariah dari segi penguatkuasaan hukuman, kecuali hukuman mati, yang terdapat dalam undang-undang Syariah bagi kesalahan agama yang disenaraikan di bawah bidang kuasa negeri di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hukuman dibenarkan bagi mahkamah Syariah sekarang terhadap kepada hukuman penjara tidak lebih tiga tahun, rotan tidak lebih enam sebatan, atau denda tidak lebih RM5,000.
Terdapat 136 ahli Parlimen Islam di Dewan Rakyat.
Demikianlah Artikel RUU Hadi dibentang bagi bacaan kedua di Dewan Rakyat minggu ini
Sekianlah artikel RUU Hadi dibentang bagi bacaan kedua di Dewan Rakyat minggu ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RUU Hadi dibentang bagi bacaan kedua di Dewan Rakyat minggu ini dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/ruu-hadi-dibentang-bagi-bacaan-kedua-di.html