Setiap pemimpin ada cara tersendiri tarik pelabur

Setiap pemimpin ada cara tersendiri tarik pelabur - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Setiap pemimpin ada cara tersendiri tarik pelabur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Setiap pemimpin ada cara tersendiri tarik pelabur
link : Setiap pemimpin ada cara tersendiri tarik pelabur

Baca juga


Setiap pemimpin ada cara tersendiri tarik pelabur

SINAR HARIAN

Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid


PADANG TERAP - Setiap pemimpin di peringkat negara semestinya mempunyai keazaman untuk membangunkan negara melalui kaedah yang tersendiri dalam mencari pelaburan, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Justeru beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, tiada salahnya apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memeterai pelbagai perjanjian perniagaan dengan China yang berjumlah RM143 bilion kerana ia sudah pasti akan menguntungkan negara.

"Umum mengetahui China merupakan kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia jadi tiada salahnya pemimpin seperti Najib pergi mencari peluang pelaburan di negara itu," katanya selepas merasmikan program Guru Bersama Masyarakat: Guru Pembina Negara Bangsa peringkat negeri Kedah di sini, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang sudah ketandusan isu]    

Semalam, Najib menyelar pihak yang menyebarkan cerita untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini kononnya Malaysia sedang dijual melalui pelbagai perjanjian perniagaan bernilai lebih RM143 bilion yang ditandatangani dengan China. 

Menurut Mahdzir, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri suatu ketika dahulu, pemimpin itu turut mencari peluang pelaburan di luar negara seperti di Jepun misalnya melalui pemindahan teknologi dengan negara matahari terbit itu ketika Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) mula-mula diwujudkan.

Jelasnya tuduhan pembangkang bahawa perjanjian itu sebagai menjual negara adalah sangat melampau dan tidak sepatutnya timbul kerana ia turut menguntungkan negara ini.            
  
"Kalau pun tidak suka, kita jadi pembangkang janganlah letak sesuatu itu melampau sangat, kita (kerajaan) bercakap benda yang logik dan boleh diterima.  

"Dalam kes pelaburan, ini tepat pada masanya, China mempunyai teknologi dan syarikat yang ada keupayaan kewangan untuk datang ke negara kita," katanya. - Bernama




Demikianlah Artikel Setiap pemimpin ada cara tersendiri tarik pelabur

Sekianlah artikel Setiap pemimpin ada cara tersendiri tarik pelabur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Setiap pemimpin ada cara tersendiri tarik pelabur dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/setiap-pemimpin-ada-cara-tersendiri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :