SPR syor tambahan 13 DUN baru di Sabah kekal

SPR syor tambahan 13 DUN baru di Sabah kekal - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR syor tambahan 13 DUN baru di Sabah kekal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR syor tambahan 13 DUN baru di Sabah kekal
link : SPR syor tambahan 13 DUN baru di Sabah kekal

Baca juga


SPR syor tambahan 13 DUN baru di Sabah kekal

MALAYSIAKINI



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan tambahan 13 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dikekalkan, menjadikan jumlah keseluruhan 73 kerusi, kata Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan semua bantahan yang diterima dalam prosiding siasatan tempatan kali pertama yang dijalankan mulai 24 hingga 27 Oktober lepas.

Katanya berdasarkan siasatan tempatan kali pertama itu juga terdapat pindaan dan perubahan nama kepada satu bahagian Parlimen dan tiga bahagian DUN di Sabah.

Sehubungan itu, katanya, SPR akan mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Sabah selama sebulan bermula 22 Nov hingga 21 Dis ini bagi tujuan semakan dan bantahan.

"Bilangan pemilih seramai 995,729 orang dalam Daftar Pemilih semasa yang telah diperakui oleh SPR dan diwartakan pada 13 Mei 2016 diguna pakai bagi maksud kajian semula persempadanan ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Hashim berkata orang ramai boleh menyemak notis dan maklumat berkaitan perkara itu di laman sesawang SPR www.spr.gov.my mulai tarikh tersebut.

Menurutnya butiran syor yang dicadangkan berkaitan pindaan nama sedia ada bagi bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri di Sabah yang terlibat dalam semakan semula itu akan disiarkan dalam notis tersebut.

Representasi terhadap syor yang dicadangkan boleh dikemukakan kepada SPR dalam tempoh tersebut oleh pihak-pihak yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau sekumpulan 100 orang atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih, katanya.

Beliau berkata setiap representasi membantah syor-syor yang dicadangkan hendaklah dikemukakan secara bertulis dan dialamatkan kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri Sabah.

Pada 9 Ogos lepas, DUN Sabah meluluskan pindaan perlembagaan negeri itu bagi menambah 13 lagi kerusi DUN, daripada 60 kepada 73.- Bernama




Demikianlah Artikel SPR syor tambahan 13 DUN baru di Sabah kekal

Sekianlah artikel SPR syor tambahan 13 DUN baru di Sabah kekal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR syor tambahan 13 DUN baru di Sabah kekal dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/spr-syor-tambahan-13-dun-baru-di-sabah.html

Subscribe to receive free email updates: