Taman Idaman, Serendah Diisytihar Zon Merah - Polis

Taman Idaman, Serendah Diisytihar Zon Merah - Polis - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Taman Idaman, Serendah Diisytihar Zon Merah - Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Taman Idaman, Serendah Diisytihar Zon Merah - Polis
link : Taman Idaman, Serendah Diisytihar Zon Merah - Polis

Baca juga


Taman Idaman, Serendah Diisytihar Zon Merah - Polis

MALAYSIAN DIGEST


Pic: Astro AwaniPic: Astro AwaniHULU SELANGOR: Pihak polis mengisytiharkan kawasan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini sebagai kawasan larangan Zon Merah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata sehubungan itu pihaknya telah mengarahkan 340 penduduk berpindah ke Sekolah Rendah Agama Serendah.

"Kesemua mereka diarahkan berpindah sebelum pukul 1.45 petang ini. Setakat 11.45 pagi tadi, hanya 10 peratus penduduk yang berpindah. Kami minta kerjasama penduduk agar akur dengan arahan ini demi keselamatan mereka.

"Di sekolah ini, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memainkan peranan menyediakan makanan kepada mereka. Penduduk akan ditempatkan di sekolah ini sehingga proses baik pulih selesai," katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Menurut Supramaniam, sebanyak 64 unit rumah terjejas dalam insiden tanah runtuh itu yang berlaku kira-kira 1 pagi tadi.

Beliau berkata penduduk tidak perlu merasa khuatir kerana anggota polis akan ditempatkan bagi mengawal kediaman mereka yang ditinggalkan.

Orang ramai juga tidak dibenarkan berada di kawasan kejadian yang merangkumi radius seluas 600 meter itu, katanya.

Satu lencongan jalan baharu akan dibina segera untuk kegunaan penduduk, tambahnya.

Supramaniam berkata siasatan mendapati runtuhan tanah itu berpunca daripada pengaliran air bawah tanah yang deras.

"Hasil pemantauan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) ia (tanah runtuh) bukan daripada air paip," katanya.

Supramaniam berkata operasi membaik pulih serta memantau keadaan di lokasi kejadian disertai oleh pelbagai agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kerja Raya.

Kejadian itu turut menyebabkan seorang penunggang motosikal yang dikenali sebagai Mohd Fareez, 21, cedera dipercayai mengalami patah tangan dan kaki dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata dalam kejadian itu, 10 buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan sebuah gerai makan di kawasan tersebut tercampak ke lereng bukit berdekatan.

Anggota Parlimen Hulu Selangor yang juga Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan turut melawat kawasan kejadian.- Bernama




Demikianlah Artikel Taman Idaman, Serendah Diisytihar Zon Merah - Polis

Sekianlah artikel Taman Idaman, Serendah Diisytihar Zon Merah - Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Taman Idaman, Serendah Diisytihar Zon Merah - Polis dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/taman-idaman-serendah-diisytihar-zon.html

Subscribe to receive free email updates: