Tiada kompromi kes penipuan perolehan perabot PGA Simpang Renggam

Tiada kompromi kes penipuan perolehan perabot PGA Simpang Renggam - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada kompromi kes penipuan perolehan perabot PGA Simpang Renggam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada kompromi kes penipuan perolehan perabot PGA Simpang Renggam
link : Tiada kompromi kes penipuan perolehan perabot PGA Simpang Renggam

Baca juga


Tiada kompromi kes penipuan perolehan perabot PGA Simpang Renggam

MALAYSIA GAZETTE
 



Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pihak terlibat dengan kes pembayaran tidak wajar dan penggunaan dokumen palsu dalam perolehan perabot projek pembinaan semula Kem Batalion 5, Pasukan Gerakan Am, Simpang Renggam, Johor.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alwi Ibrahim untuk mengambil tindakan lanjut terhadap mereka yang bertanggungjawab.

"Saya berpendirian jika terdapat tatacara pembelian yang tidak diikuti, maka tindakan hendaklah dilakukan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) semalam berhubung pembayaran tidak wajar dan penggunaan dokumen palsu dalam pengurusan perolehan perabot berkaitan projek pembinaan semula kem itu.

PAC turut mengesyorkan supaya KDN atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenakan tindakan tatatertib atau surcaj terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam pengurusan perolehan itu serta menyebabkan berlakunya pembayaran tidak wajar.

Ahmad Zahid berkata Bahagian Perolehan PDRM juga perlu mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

Dalam perkembangan lain, beliau mengulangi tindakan undang-undang akan diambil ke atas penganjur perhimpunan Bersih dan kumpulan Baju Merah pada Sabtu ini.

Katanya kedua-dua penganjur perlu akur dengan larangan yang telah dikeluarkan pihak polis bagi mengelak berlakunya perkara tidak diingini.

"Mereka sepatutnya tidak meneruskan perhimpunan itu. Itulah sebaik-baiknya, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dari segi tindakan undang-undang sekiranya perhimpunan diteruskan," katanya.

Menurut Ahmad Zahid, larangan perhimpunan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini adalah jelas dan perlu dipatuhi semua pihak.-- BERNAMA




Demikianlah Artikel Tiada kompromi kes penipuan perolehan perabot PGA Simpang Renggam

Sekianlah artikel Tiada kompromi kes penipuan perolehan perabot PGA Simpang Renggam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada kompromi kes penipuan perolehan perabot PGA Simpang Renggam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/tiada-kompromi-kes-penipuan-perolehan.html

Subscribe to receive free email updates: