Judul : Tiba masanya PAS tunjuk taring
link : Tiba masanya PAS tunjuk taring
Tiba masanya PAS tunjuk taring
KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya PAS bangkit dan mematahkan serangan musuh secara matang, termasuk pihak yang menentang Rang Undang-Undang (RUU) 355.
Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, menyifatkan PAS seolah-olah menjadi mangsa buli, khususnya dalam usaha parti itu membentangkan RUU 355 atau RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016.
Bagaimanapun, katanya, sikap PAS yang tunduk membisu terhadap pelbagai cemuhan tidak bermakna parti itu menyerah kalah, sebaliknya menggambarkan kematang dan kesederhanaan pemimpinnya.
“Pindaan yang dicadangkan Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, bertujuan memberi gambaran lebih jelas kepada orang ramai, selain menangani fitnah dan tuduhan tidak berasas pelbagai pihak.
“Kalau dulu, setiap usaha memartabatkan perundangan Islam tidak pernah ditentang Ahli Parlimen bukan Islam kerana tidak menyentuh kepentingan mereka.
“Semuanya bersifat ‘gentleman’, termasuk Lee Kuan Yew yang mewakili Parti Tindakan Rakyat (PAP) ketika Tanah Melayu dan Singapura masih bergabung,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, pada Khamis.
Kadir berkata, RUU 355 tidak mencetuskan dua aliran perundangan seperti diuar-uarkan sebelum ini hingga mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan pengamal undang-undang.
Beliau berkata, perjumpaannya dengan beberapa parti politik seperti MCA, MIC dan Gerakan minggu lalu menunjukkan perkembangan positif apabila mereka mula menerima pembentangan RUU berkenaan.
“Mereka mahukan jaminan RUU 355 bukan hudud dan tidak akan mencetuskan dua aliran perundangan sehingga bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Justeru, semua pihak jangan cuba nak main ‘game up manship’ (tunjuk siapa lebih hebat) dengan DAP, selain membuktikan siapa paling anti-Islam dan Melayu semata-mata untuk meraih populariti.
“PAS adalah parti besar dan antara yang menunjangi politik negara selain UMNO, justeru sudah tiba masanya PAS tunjukkan taring mereka.
“Langkah menunda sesi perbahasan RUU ini juga bukti PAS mengamalkan politik matang dan sejahtera bagi memberi laluan kepada masyarakat memahami intipati usul ini,” katanya
Demikianlah Artikel Tiba masanya PAS tunjuk taring
Sekianlah artikel Tiba masanya PAS tunjuk taring kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiba masanya PAS tunjuk taring dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/tiba-masanya-pas-tunjuk-taring.html