Tun M malu Ibrahim Ali anggap DAP jahat

Tun M malu Ibrahim Ali anggap DAP jahat - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun M malu Ibrahim Ali anggap DAP jahat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun M malu Ibrahim Ali anggap DAP jahat
link : Tun M malu Ibrahim Ali anggap DAP jahat

Baca juga


Tun M malu Ibrahim Ali anggap DAP jahat

 DALIA ISMAIL
 
 
Tun Dr Mahathir MohamadTun Dr Mahathir Mohamad


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar sikap Datuk Ibrahim Ali yang enggan menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan dan PPBM dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Dr Mahathir berkata, Ibrahim selaku Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu tidak harus berpura-pura berjuang untuk orang Melayu sedangkan beliau sanggup menyokong seorang pemimpin negara yang mencuri wang rakyat.

"Dia bekerja untuk Datuk Seri Najib dia berusaha untuk Najib menang... dia berpura-pura berjuang untuk orang Melayu tetapi dia sanggup sokong orang yang curi duit itulah kerja Ibrahim Ali.

"Ibrahim perlu sedar... jika takda publisiti untuk dia mungkin satu hari dia akan jadi PM jika kita tolong dia naik jadi PM lah," ujarnya  berseloroh dalam sidang media yang diadakan di Putrajaya petang ini.

Datuk Ibrahim AliDatuk Ibrahim AliDr Mahathir diminta mengulas keengganan Perkasa menyertai Pakatan Harapan dan PPBM sebaliknya mengeluarkan kenyataan Perkasa mempunyai 50 calon sesuai untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Kata Dr Mahathir lagi beliau berasa malu dengan tindakan Ibrahim yang enggan menerima DAP dalam barisan pakatan pembangkang untuk bersama menentang BN.

"Saya malu dia tak mahu bersatu kerana  anggap 'DAP jahat' tetapi dia sokong tindakan MCA, dia sokong hutang RM55 bilion dan sokong Najib. Dia tidak akan menang kerana dia sokong Najib curi duit, dia juga sokong dasar-dasar BN selama ini.

"Dia dulu jadi musuh saya kononnya apa saya buat dia sokong tapi bila nampak ada kepentingan diri dia jadi lainlah... dia penyokong Najib yang kuat," ujarnya.
Dr Mahathir yang juga Penaung Perkasa berkata, pelantikannya sebagai penaung kerana Ibrahim kawan baiknya malah beliau sendiri tidak ingat  tahun bila beliau dilantik sebagai penaung.

"Saya diisytiharkan sebagai penaung dan dia kawan baik saya... dia sayang kat saya.

"Tapi dia tak boleh dengan DAP dia kata 'DAP jahat sungguh'... walhal DAP, Amanah dan PKR telah nyatakan pendirian Pakatan Harapan mereka akan patuh pada perlembagaan negara, mereka terima kedudukan raja, Islam sebagai agama rasmi negara, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera lain serta Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Saya tak pernah dengar parti MCA atau MIC  buat kenyataan begitu tetapi DAP buat.

" Saya nak bagi 'can' pada dia sepatutnya dia tarik diri (tidak tawarkan diri bertanding) kita tak mau ada tiga empat penjuru jika dia masuk berlawan juga itu tanda dia sokong Najib.

"Dia terima duit... dia biasa kata pada saya...saya nak nasihatkan sementara saya jadi penasihat ni berhentilah menyokong Najib.. dapat duit mana pun haram itu duit curi," ujarnya.



Demikianlah Artikel Tun M malu Ibrahim Ali anggap DAP jahat

Sekianlah artikel Tun M malu Ibrahim Ali anggap DAP jahat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun M malu Ibrahim Ali anggap DAP jahat dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/tun-m-malu-ibrahim-ali-anggap-dap-jahat.html

Subscribe to receive free email updates: