Amanah umum intai kerusi PKR secara terbuka, PAS berhak komen

Amanah umum intai kerusi PKR secara terbuka, PAS berhak komen - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah umum intai kerusi PKR secara terbuka, PAS berhak komen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah umum intai kerusi PKR secara terbuka, PAS berhak komen
link : Amanah umum intai kerusi PKR secara terbuka, PAS berhak komen

Baca juga


Amanah umum intai kerusi PKR secara terbuka, PAS berhak komen

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata beliau berhak mengulas hasrat Amanah mahu bertanding di 40 buah kerusi termasuk milik PKR dan PAS, berikutan ia disuarakan secara terbuka.
 
Iskandar dalam sidang medianya semalam menyifatkan parti Amanah sebagai 'tidak amanah' selepas berhasrat mahu 'mencuri' kerusi rakan sekutunya sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
 
"Kenyataan untuk bertanding di kerusi-kerusi PKR telah dibuat secara terbuka. Maka adalah tidak wajar untuk menghalang sesiapa membuat ulasan kepada satu kenyataan yang dibuat secara terbuka itu. 
 
"Jika tidak mahu sebarang ulasan terhadap hasrat tersebut maka tidak perlu membuat kenyataan secara terbuka. Bincanglah secara dalaman," ujar Iskandar menerusi kenyataan medianya, hari ini.
 
Namun tambah Iskandar, Amanah kini bukan sahaja terdedah kepada reaksi negetif daripada PKR tetapi bergelut untuk meyakinkan penyokongnya apabila pemimpin mereka tampil menyatakan kenyataan yang bercanggah sesama mereka.
 
Pada mulanya, Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad mengumumkan hasrat bertanding di 40 buah kerusi termasuk kerusi PKR dan PAS, namun ia disanggah timbalan presidennya, Salahuddin Ayub.
 
"Tetapi rakyat sekarang menjadi semakin keliru apabila seorang lagi pemimpin tertinggi Amanah yang telah membuat kenyataan balas iaitu Amanah tidak akan bertanding di kerusi-kerusi PKR. 
 
"Mungkin ia satu tindakan "damage control" tetapi terserlah kecelaruan yang wujud di kalangan kepimpinan tertinggi Amanah,"  ujar Iskandar lagi.
 
Khalid, ketika dihubungi Antarapos hari ini untuk menjelaskan kerusi PKR yang menjadi sasaran Amanah adalah kerusi yang gagal dimenangi pada pilihan raya lalu.
 
Sementara itu, Iskandar yang juga ADUN Chempaka berpendapat kecelaruan yang wujud dalam Amanah pada hari ini berkemungkinan menjadi punca kepada desakan supaya parti itu digabungkan dengan PKR.
 
"Tidak hairanlah terdapat pemimpin Pakatan Harapan yang mahu PAN dibubarkan dan ahli-ahlinya diserapkan ke dalam parti-parti lain," ujarnya.
 
Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin baru-baru ini mencadangkan supaya PKR dan Amanah digabungkan dalam menghadapi PRU14, memandangkan ia mempunyai nilai politik yang sealiran.
 
 


Demikianlah Artikel Amanah umum intai kerusi PKR secara terbuka, PAS berhak komen

Sekianlah artikel Amanah umum intai kerusi PKR secara terbuka, PAS berhak komen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah umum intai kerusi PKR secara terbuka, PAS berhak komen dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/amanah-umum-intai-kerusi-pkr-secara.html

Subscribe to receive free email updates: