Judul : Ezam mahu tumpu NGO bukan kecewa dengan Bersatu, kata Kamarudin
link : Ezam mahu tumpu NGO bukan kecewa dengan Bersatu, kata Kamarudin
Ezam mahu tumpu NGO bukan kecewa dengan Bersatu, kata Kamarudin
DALIA ISMAILKetua Penerangannya Datuk Kamarudin Md Nor berkata, beliau memaklumi Ezam mengambil keputusan tidak menyertai parti itu ekoran beliau memilih untuk kekalkan jawatannya selaku Pengerusi sebuah NGO yang berpengkalan di Indonesia.
"Ezam selaku Pengerusi Hisbah Centre for Reform yang berpusat di Jakarta, Indonesia.
"NGO ini mengawasi salah guna kuasa dan rasuah membabitkan kerajaan di rantau Asia Tenggara ini.
"Apa yang saya maklum Hibah telah membuat keputusan mana-mana pemegang jawatan kanan NGO itu tidak boleh aktif atau menyertai mana-mana pertubuhan politik.
"Jadi dia akur dengan keputusan itu dan memilih untuk keluar parti," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau mengulas tentang laporan portal Free Malaysia Today hari ini yang memetik sumber, menyebut bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu,telah memaklumkan perkara itu kepada setiausaha agung parti dalam suratnya untuk keluar dari Bersatu.
Sumber yang memberitahu FMT juga menyebut Ezam yang dilihat rapat dengan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, kecewa dengan haluan parti yang baru-baru ini menyaksikan Anina diturunkan daripada jawatan ketua sayap wanitanya, Srikandi.
Kata Kamarudin lagi beliau tidak tahu bila NGO itu meletakkan syarat sedemikian kerana sebelum ini Ezam juga telah menjadi ahli Umno selepas keluar dari PKR sebelum mengambil keputusan keluar Umno dan menyertai Bersatu pada Oktober lalu.
"Dalam tempoh dua bulan dia sertai parti saya tidak pasti sama ada arahan itu baru dikuatkuasakan atau bagaimana?...tetapi itulah yang saya dimaklumi sebab dia keluar parti.
"Mungkin dengan memegang jawatan penting dalam NGO dia merasakan lebih bebas untuk menegur mana-mana pimpinan parti dalam sesebuah negara yang diperjuangkan oleh NGO itu," ujarnya.
Dalam perkembangan sama Malaysiakini yang merujuk laporan sama melaporkan Ezam mengesahkannya dan turut menyatakan sebab beliau meninggalkan parti itu seperti dinyatakan sumber adalah kurang tepat.
Ezam dipetik berkata, laporan itu tidak tepat dan tidak timbul sama sekali soal masalah dalaman parti.
Beliau sebaliknya berkata mahu menumpukan perhatian kepada NGO antirasuah Hisbah yang dipengerusikannya.
Katanya, mesyuarat tahunan lembaga pengarah Hisbah juga memintanya menjadi tidak partisan dalam menumpukan perhatian kepada kemelut 1MDB dan dakwaan berkaitan Felda.
“Atas sebab itu saya secara rasmi hantar surat undur diri dari Bersatu kepada setiausaha agungnya," lapor Malaysiakini hari ini.
Ezam, 49, merupakan bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim ketika Anwar berada dalam kabinet.
Beliau meninggalkan Umno kali pertama setelah Anwar dipecat pada 1998 dan merupakan ketua pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang pertama.
Beliau kemudiannya meninggalkan PKR untuk kembali ke pangkuan Umno pada tahun 2008, dalam era pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ezam kini bersama dengan NGO Hisbah Centre for Reform sebagai Pengerusinya yang berpusat di Jakarta, Indonesia.
Sebelum ini, khabar angin mengatakan bahawa Ezam bakal kembali menyertai PKR untuk menguatkan kem presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau bagaimanapun menafikan perkara tersebut sebaliknya mengumumkan menyertai Bersatu pada 12 Oktober 2016 yang lalu.
Demikianlah Artikel Ezam mahu tumpu NGO bukan kecewa dengan Bersatu, kata Kamarudin
Sekianlah artikel Ezam mahu tumpu NGO bukan kecewa dengan Bersatu, kata Kamarudin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ezam mahu tumpu NGO bukan kecewa dengan Bersatu, kata Kamarudin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/ezam-mahu-tumpu-ngo-bukan-kecewa-dengan.html