Isu letak jawatan : Khairy serang balik ‘taktik kotor’ pihak lawan

Isu letak jawatan : Khairy serang balik ‘taktik kotor’ pihak lawan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu letak jawatan : Khairy serang balik ‘taktik kotor’ pihak lawan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu letak jawatan : Khairy serang balik ‘taktik kotor’ pihak lawan
link : Isu letak jawatan : Khairy serang balik ‘taktik kotor’ pihak lawan

Baca juga


Isu letak jawatan : Khairy serang balik ‘taktik kotor’ pihak lawan

THE MALAYSIAN TIMES


khairyjamaluddin2011


KUALA LUMPUR : Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan dakwaan mengatakan beliau meletak jawatan menteri, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan ahli Parlimen sebagai taktik kotor dan fitnah terdesak lawan politik UMNO yang iri hati dengan perpaduan kukuh parti.

Sebab itu beliau tidak hairan sejak Perhimpunan Agung UMNO dua minggu lalu tidak henti-henti fitnah bertebaran dengan percubaan melaga-lagakan Timbalan Perdana Menteri,

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan pucuk pimpinan selain kononnya ketua puteri UMNO turut dikatakan meletak jawatan.

“Ini (dakwaan beliau meletak jawatan) sangat-sangat tidak benar, takkanlah saya yang telah menyatakan sokongan penuh kepada presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak sampai dua minggu (sejak perhimpunan parti) telah letak jawatan.

“Apa yang saya sebut dalam Perhimpunan Agung Pemuda tempoh hari adalah kekal iaitu kami (Pemuda UMNO) akan mempertahankan kepimpinan parti dan berpegang kepada ikrar itu.

“Harap ahli parti tidak termakan umpan (fitnah) ketika pembangkang sekarang berpecah berhubung siapa akan jadi PM (Perdana Menteri)…Tan Sri Muhyyiddin ke, Anwar (Ibrahim) ke,” katanya  Mingguan Malaysia..

Khairy ditanya fitnah yang sedang diviralkan oleh pihak tertentu mendakwa beliau meletak jawatan Menteri Belia dan Sukan, Ketua Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Rembau.

Baru-baru ini, tersebar secara meluas surat palsu kononnya ditulis Timbalan Perdana Menteri dan antara kandungannya ialah desakan agar Najib berundur daripada kerajaan.

Perdana Menteri yang mengulas perkara itu menyifatkannya sebagai helah kotor pembangkang yang bukan sahaja gagal, malah tidak akan sesekali berjaya menggugat perpaduan dalam UMNO.

Pada 3 Disember lalu dalam ucapan penggulungannya pada perhimpunan agung parti, Khairy menegaskan, seramai 600,000 ahli Pemuda UMNO yang dike­tuainya berikrar untuk walak atau taat setia kepada presiden parti.

JANJI ZAHID

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam sekali lagi  berjanji akan terus membantu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak kira dalam keadaan apa sekalipun.

Beliau turut meminta orang ramai khususnya penduduk Parlimen Bagan Datoh supaya mendoakan hubungan beliau dengan perdana menteri terus berpanjangan.

“Saya minta orang Bagan Datoh mendoakan hubungan saya dengan Najib terus berpanjangan sebagai pemimpin nombor satu dan dua, seorang sahabat, adik beradik,” katanya ketika berucap pada majlis sepetang Timbalan Perdana Menteri bersama kepimpinan masyarakat Parlimen Bagan Datoh di Wisma Bagan Datoh.

.Ahmad Zahid berkata beliau telah bekerja bersama Najib sejak 1 Okt 1987 sebagai setiausaha politik semasa perdana menteri ketika itu menjadi Menteri Belia dan Sukan sebelum menjadi Menteri Pertahanan.

“Selepas itu saya terus bekerja dalam sektor korporat, namun saya membantunya (Najib) dari luar,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh meminta pihak tertentu supaya menghentikan segala fitnah ke atasnya termasuk surat layang kononnya beliau mendesak Najib meletak jawatan kerana ia hanya membuang masa.

Ahmad Zahid menegaskan sepanjang kerjaya politiknya beliau tidak pernah menjatuhkan sesiapa dan pegangan itu menyebabkannya kekal sebagai Anggota Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh.

“Bukan jenis saya untuk menjatuhkan sesiapa termasuk perdana menteri sebab itu di Bagan Datoh saya selamat dari 1985 sampai sekarang dan tiada siapa lawan saya,” katanya.



Demikianlah Artikel Isu letak jawatan : Khairy serang balik ‘taktik kotor’ pihak lawan

Sekianlah artikel Isu letak jawatan : Khairy serang balik ‘taktik kotor’ pihak lawan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu letak jawatan : Khairy serang balik ‘taktik kotor’ pihak lawan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/isu-letak-jawatan-khairy-serang-balik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :