Judul : KEMANUSIAAN MENGATASI POLITIK
link : KEMANUSIAAN MENGATASI POLITIK
KEMANUSIAAN MENGATASI POLITIK
isu rohingya sudah kembali panas sejak 3 tahun lepas.
sejak sebulan lepas, kelakuan regim myanmar dalam melayan umat islam rohingya di rakhine sudah melampaui batas kemanusiaan.
dunia pernah menyaksikan hilangnya sifat kemanusiaan bila slobodan milosevic dan radovan karadzic menceroboh dan membunuh ratusan ribu umat islam di bosnia.
kemudiannya di kosovo. apa yang berlaku di 2 negara ini adalah genosid, iaitu kebencian faktor ras dan agama sudah hilang hingga sanggup membunuh. faktor kenegaraan bukan alasan lesen untuk membunuh.
semalam presiden umno menegaskan kesediaan malaysia untuk 'mengajar' myanmar akan erti kemanusiaan.
ini genosid, ini bukan tamadun. semua pemimpin politik pun berkata yang sama.
pemimpin myanmar sudah memberi amaran kepada malaysia untuk jangan campur tangan. mungkin mereka panas pasal malaysia membatalkan perlawanan persahabatan bolasepak bawah 21 di antara malayia dan myanmar.
soal bola ini kita 'usik kecil' dahulu.
semua pihak perlu memainkan peranan .
antara negara dan negara.
antara pemimpin politik dan parti politik.
memang benar komuniti ASEAN sejak penubuhannya sudah sepakat untuk tidak mencampuri urusan negara lain.
kerana itulah, di waktu kemelut politik di thailand, asean tidak masuk campur. ini urusan politik.
namun perjanjian adakala perlu diperbaharui. adakala ianya tak praktikal bilamana isu kemanusiaan menjadi berita utana.
jika myanmar enggan memahami tindakan mereka mendapat bantahan masyarakat dunia, ASEAN lah yang sepatutnya memulakan langkah untuk memulakan tindakan tegas terhadap pemerintah myanmar.
syabas kepada pemimpin politik umno pas yang harini mengenepikan semuanya demi saudara islam di rohingya.
dalam istilah demokrasi ia disebut kemanusiaan, dalam istilah islam ia dipanggil persaudaraan.
Demikianlah Artikel KEMANUSIAAN MENGATASI POLITIK
Sekianlah artikel KEMANUSIAAN MENGATASI POLITIK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KEMANUSIAAN MENGATASI POLITIK dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/kemanusiaan-mengatasi-politik.html