[KEMASKINI] Najib sedia dikecam Myanmar, bantah kekejaman ke atas Islam Rohingya

[KEMASKINI] Najib sedia dikecam Myanmar, bantah kekejaman ke atas Islam Rohingya - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KEMASKINI] Najib sedia dikecam Myanmar, bantah kekejaman ke atas Islam Rohingya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KEMASKINI] Najib sedia dikecam Myanmar, bantah kekejaman ke atas Islam Rohingya
link : [KEMASKINI] Najib sedia dikecam Myanmar, bantah kekejaman ke atas Islam Rohingya

Baca juga


[KEMASKINI] Najib sedia dikecam Myanmar, bantah kekejaman ke atas Islam Rohingya

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar, Azizul Osman & Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pemusnahan etnik Rohingya di Myanmar melampaui batas kemanusiaan dan Malaysia terpaksa menyatakan bantahan terhadap negara itu, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
 
Justeru, beliau nekad untuk menghadiri Himpunan Solidariti Ummah bagi membantah penindasan ke atas golongan minoriti itu, meskipun bakal dikecam Myanmar.
 
"Semalam (Jumaat) saya nak bagitahu tuan-tuan, pejabat Presiden Myanmar keluar kenyataan. isi kandungan itu katanya kalau saya sebagai perdana menteri hadir dalam rapat umum esok, dia akan anggap saya campurtangan dalam urusan dalaman Myanmar.
 
"Ini bukan soal campur tangan dalam urusan negara Myanmar. Ini soal bagaimana kita mempertahankan nilai kemanusiaan dan nilai universal.
 
"Saya nyatakan bahawa saya akan hadir ke himpunan solidariti Rohingya. Saya tidak akan berganjak. Yang hadir kerana bukan Najib Razak, yang hadir adalah Najib Razak yang mewakili tiga juta ahli ahli Umno.
 
"Macam mana dia mahu kata ini urusan dalaman sebab kalau dia tidak selesaikan masalah itu, mereka ini akan jadi orang pelarian ke Malaysia," tegas Najib ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
 
Najib dijangka berkongsi pentas dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang esok, di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur untuk mengecam tindakan zalim kerajaan Myanmar ke atas warga Rohingya.
 
"Ikut rekod 56,000 orang Rohingya dan Myanmar yang memegang kad UNHCR. Itu yang kita tahu, yang tak tahu berapa? Yang ada dicelah-celah pokok sawit, ada dalam belukar tu?," kata Najib. 
 
Najib dalam sidang medianya selepas selesai menangguhkan PAU 2016 bertegas, sebagai rakan dalam gabungan ASEAN yang bertanggungjawab, Malaysia perlu membuat bantahan.
 
"Betul kita tak boleh campur tangan negara tersebut, namun ianya sudah bertentangan dengan Piagam ASEAN.
 
"Kejadian itu menyebabkan pelarian melimpah ruah ke Malaysia, ratusan ribu menunggu dan kalau penganiayaan berterusan sudah tentu akan menjadi masalah. Kita kena bertindak sekarang, kalau tak terlambat," katanya.
 
Najib berkata Malaysia tidak boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa di kala kerajaan Myanmar terus menzalimi etnik Rohingya.
 
"Bila manusia dizalimi dengan sangat dasyat kita tak boleh biarkan, sejarah akan menghukum kalau kita tak buat apa, duduk diam, padahal ramai mati secara kejam," ujar Najib. 
 
Selain isu Rohingya, ucapan penggulungan Najib turut menyentuh tindakan tokoh Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyerang kepimpinannya dan berlagak seperti tiada kesalahan yang dilakukannya terhadap rakyat dan negara ini.
 
"Banyak cerita pasal Mahathir. ITP, 'Sweetheart deal', tol, penswastaan MAS, PERWAJA, Forex. (Kalau tak betul) kenapa beliau tak saman? Bila hal saya, beliau suruh saya saman," tempelak Najib.
  
Dr Mahathir kini menaja penubuhan parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan mendakwa mempunyai sokongan ramai bekas ahli Umno yang kecewa dengan kepimpinan Najib.
 
Justeru, Najib mencabar Dr Mahathir untuk mengadakan perhimpunan yang sama seperti Umno sekiranya benar partinya itu mendapat sokongan ramai.
 
"Sekarang jangan nak cakap pasal Umno sebab kamu dah tiada dalam parti. Jangan jadi orang yang gila talak pula. Buatlah konvensyen parti baru dan tengok muka-muka di sana, penuh dewan pun belum tentu," ujarnya lagi.
 
 


Demikianlah Artikel [KEMASKINI] Najib sedia dikecam Myanmar, bantah kekejaman ke atas Islam Rohingya

Sekianlah artikel [KEMASKINI] Najib sedia dikecam Myanmar, bantah kekejaman ke atas Islam Rohingya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KEMASKINI] Najib sedia dikecam Myanmar, bantah kekejaman ke atas Islam Rohingya dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/kemaskini-najib-sedia-dikecam-myanmar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :