Judul : MACAM PAS JUGA, HATINYA KE MANA?
link : MACAM PAS JUGA, HATINYA KE MANA?
MACAM PAS JUGA, HATINYA KE MANA?
shahbudindotcom
Seorang timbalan menteri yang tidak dikenali dan amat jarang bersuara, Hamim Samuri menyifatkan Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena sebagai pemimpin yang hanya memakai baju Pas, tetapi hatinya lebih kepada Amanah.
Bagi saya Mahfuz ini boleh digelar "syan tong"...suka menghasut dan memecah-belahkan orang, kata Hamim yang juga Ahli Parlimen Ledang, Johor.
Beliau berkata demikian ketika membidas dakwaan Mahfuz bahawa sifat wala' yang digembar-gemburkan dalam UMNO sekarang umpama kesetiaan dalam kumpulan kongsi gelap yang lebih berupa suatu ugutan kepada ahli-ahlinya.
Kata Mahfuz lagi, ia berbeza dalam tradisi Islam di mana sifat wala' itu diberi dan bukannya diminta, kepada ulama atau pemimpin kerana sikap terpuji mereka.
Sambil menyifatkan Mahfuz hanya memakai baju Pas, tetapi hatinya lebih kepada Amanah, Hamim seterusnya meminta Mahfuz jangan sibuk-sibuk hal rumahtangga orang lain.
Hamim sebenarnya tak perlu gundah gulana tentang ke mana halanya hati Mahfuz kerana Pas sendiri ketika ini sudah tidak tentu hala lagi arah tuju hati dan perjuangan mereka.
Hadi Awang dan beberapa pemimpinnya mungkin masih memakai baju Pas, berjubah dan berserban, tetapi ke mana hati mereka sekarang ini?
Masihkah mereka memperjuangkan Islam tulen yang berpegang kepada amar makruf nahi mungkar?
Meskipun berhati Amanah, sekurang-kurangnya Mahfuz tidak kesipuan untuk berterus-terang menentang segala unsur pencurian, perampokan dan penyamunan dalam pentadbiran kleptokrasi negara yang menjadi sebutan di seluruh dunia.
Demikianlah Artikel MACAM PAS JUGA, HATINYA KE MANA?
Sekianlah artikel MACAM PAS JUGA, HATINYA KE MANA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MACAM PAS JUGA, HATINYA KE MANA? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/macam-pas-juga-hatinya-ke-mana.html