Judul : MCA beri amaran keras adun tak undi bantah pindaan enakmen Islam
link : MCA beri amaran keras adun tak undi bantah pindaan enakmen Islam
MCA beri amaran keras adun tak undi bantah pindaan enakmen Islam
Liow berkata, walaupun menerima penjelasan Khaw, namun hukuman tetap diberikan kerana Khaw tidak mematuhi arahan parti dengan menjelaskan pendirian MCA di dalam dan luar Dewan sehingga menyebabkan mereka terpaksa berdepan kritikan pelbagai pihak.
PETALING JAYA: Jawatankuasa Pusat (CC) MCA menerima penjelasan Adun Titi Tinggi, Khaw Hock Kong keluar Dewan sebagai bantahan terhadap pindaan enakmen negeri bagi membolehkan salah seorang ibu atau bapa yang memeluk Islam menukar agama anak bawah umur mereka kepada Islam.
Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dipetik Sin Chew Daily berkata, MCA memutuskan untuk memberi amaran keras sebagai hukuman kepada wakil rakyat tunggal mereka di Perlis itu kerana tidak mematuhi arahan menjelaskan pendirian MCA di dalam dan luar Dewan sehingga menyebabkan mereka terpaksa berdepan kritikan pelbagai pihak.
“Semua adun MCA perlu mendapat pengajaran daripada perkara ini bagi mengelakkan perkara sama berulang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat CC hari ini.
Khamis lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis meluluskan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2016 yang membolehkan salah seorang ibu atau bapa menukar agama anak mereka kepada Islam, bertentangan cadangan di Dewan Rakyat yang hanya membenarkan penukaran agama dilakukan secara bersama oleh kedua ibu bapa, walaupun salah seorang pasangan memeluk Islam.
Liow berkata, pendirian MCA selama ini ialah penukaran agama anak bawah umur perlu dipersetujui kedua ibu bapa, bukannya hanya salah seorang ibu atau bapa yang membuat keputusan.
“Pendirian dan prinsip MCA ini tidak pernah berubah atau goyah.”
Menteri pengangkutan itu berkata, Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian) 1976 yang dibentangkan kerajaan persekutuan di Dewan Rakyat, baru-baru ini, melalui bacaan pertama untuk meminda Seksyen 88A(1), iaitu penukaran agama anak perlu mendapat persetujuan ibu bapa, tidak boleh mengikut ibu atau bapa memeluk Islam.
“Ini adalah pindaan akta yang giat digerakkan MCA sejak bertahun-tahun lalu bagi menyelesaikan pertikaian yang timbul akibat penukaran agama sebelah pihak (suami atau isteri).”
Katanya, MCA mengutuk kerajaan Perlis meluluskan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2016 yang membenarkan ibu atau bapa menukar agama anak bawah umur mereka.
“Tindakan Perlis ini jelas menunjukkan mereka melanggar dan merosakkan prinsip kerajaan pusat, iaitu penukaran agama anak (bawah umur) perlu mendapat persetujuan kedua ibu bapa.”
Demikianlah Artikel MCA beri amaran keras adun tak undi bantah pindaan enakmen Islam
Sekianlah artikel MCA beri amaran keras adun tak undi bantah pindaan enakmen Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MCA beri amaran keras adun tak undi bantah pindaan enakmen Islam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/mca-beri-amaran-keras-adun-tak-undi.html