Judul : MIC, MCA masih sukar terima RUU 355
link : MIC, MCA masih sukar terima RUU 355
MIC, MCA masih sukar terima RUU 355
Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menerima jaminan Perdana Menteri mengenai Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang akan diambilaih kerajaan tetapi merasakan perbincangan lanjut mengenainya perlu diadakan kerana RUU yang sebelum itu dibacakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan.
MIC, katanya memandang positif saranan Datuk Seri Najib Razak yang meminta bukan Islam tidak perlu bimbang mengenai RUU355 kerana mereka tidak tertakluk terhadapnya selain kerajaan sedang mengkajinya.
"Tetapi itu tidak bermakna kami setuju dengan saranannya sebab masih terlalu awal untuk cakap mengenainya sebab kami sudah menubuhkan pasukan penasihat undang-undang dalam parti untuk membincang, meneliti implikasi akibat bil persendirian itu.
"Lagi pun dia (Najib) sudah cakap tadi dalam ucapan dasar UMNO bahawa akan ada perbincangan mengenainya dalam BN selepas ini, jadi hasil penelitian parti akan dibawa kepadanya untuk dilihat bersama sebelum mencapai satu kata sepakat," katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang juga Presiden UMNO dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO 2016 hari ini meminta bukan Islam supaya usah bimbang kerana RUU355 tidak tertakluk dengan bukan Islam dan ia dikaji supaya tiada hukum dualisme.
Ditanya mengenai penekanan Najib tentang rundingan bersama rakan Pas sebagai perpaduan Ummah, beliau yakin ia sesuatu perkara baik dan tidak menjejaskan kerjasama UMNO dengan parti komponen BN.
Dalam pada itu, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menyatakan Najib memberi mesej jelas dengan menyediakan platform bagi menghadapi PRU-14.
"Yang penting ialah beliau menjelaskan mengenai penyatuan ahli dalam UMNO memastikan parti kukuh dan meneruskan perjuangan parti serta BN untuk berdepan perang besar. Ia penting untuk kita terus menjelaskan kepada rakyat tentang segala dakyah dan tohmahan pembangkang ke atas BN untuk mengukuhkan mandat rakyat kepada BN lebih besar kali ini.
"Berkenaan RUU 355, MCA sudah menyatakan pendirian bahawa ia perlu mengikut Perlembagaan," ujar Tiong Lai. --MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel MIC, MCA masih sukar terima RUU 355
Sekianlah artikel MIC, MCA masih sukar terima RUU 355 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MIC, MCA masih sukar terima RUU 355 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/mic-mca-masih-sukar-terima-ruu-355.html