Judul : Muhyiddin diberikan sebulan selesaikan rundingan dengan Pas
link : Muhyiddin diberikan sebulan selesaikan rundingan dengan Pas
Muhyiddin diberikan sebulan selesaikan rundingan dengan Pas
BORHAN AHMADTan Sri Muhyiddin Yassin dan pasukannya telah diberikan tempoh sehingga pertengahan bulan Januari ini untuk memutuskan perundingannya dengan Pas.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Kadir Jasin dalam tulisan terbarunya berkata, itulah mandat yang diberikan kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.
"Keputusan harus dibuat menjelang pertengahan bulan depan, iaitu sebulan dari sekarang. Itulah mandat yang diberikan kepada Muhyiddin dan pasukannya," tulis Kadir dalam blognya, The Scribe.
Bersatu telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) 13 Disember lepas.
Antaranya mereka akan menggunakan logo, manifesto dan calon bersama dalam pilihan raya umum nanti.
Mesyuarat 13 Disember di Ibu Pejabat PKR itu bersetuju agar PPBM meneruskan perbincangan dengan Pas dengan syarat diberikan tempoh masa tertentu.
Sehari selepas perjanjian itu iaitu 14 Disember, PPBM telah mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi.
Adalah dipercayai tempoh sebulan yang diberikan kepada Muhyiddin dan pasukannya itu telah diputuskan dalam mesyuarat itu.
Menurut Kadir, atas premis bertanding untuk menang secara satu-lawan-satu inilah mereka perlu mengukur dan mengadili tindak-tanduk Pas seterusnya.
"Di kalangan kepemimpinan PPBM, mereka telah pun sekata bahawa rundingan dengan Pas sangat dialu-alukan, tetapi wajiblah ada tolak-ansur dan jadual.
"Oleh sebab PRU mungkin diadakan secara mengejut, semua pihak kesuntukan masa. Justeru itu rundingan dengan Pas tidak boleh berlarutan," tulisnya lagi.
Menurut Kadir, bekas ketua pengarang kumpulan NST itu, kalau selepas tarikh itu persetujuan belum dicapai atau Pas menolak kerjasama maka andaiannya adalah Pas sebenarnya bersama Umno/BN atau setidak-tidaknya pun Abdul Hadi bersama Najib.
"Soalnya, kalau bukan dengan PH-PPBM dengan siapa lagi Pas akan bergabung untuk mempertahankan kedudukannya sekiranya bukan dengan Umno?
"Bersendirian Pas akan kalah teruk melainkan memang tujuan Pas untuk membunuh diri dengan melakukan harakiri.
"Dalam bahasa yang mudah, kalau Pas tidak bersama PH-PPBM maka ia bersama Umno/BN tidak kiralah secara tersurat atau tersirat, dihebahkan atau berselindung," katanya lagi.
Pas kini semakin rapat dengan Umno dan pimpinannya.
Selepas presiden kedua-dua parti berada satu pentas dalam Himpunan Solidariti untuk Rohingya, sehari selepas itu, pimpinan Pas bersama pimpinan Umno di MAHA 2016 pula.
Semalam pimpinan Pas bersama sekali lagi dalam mesuarat bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Ahmad Zahid Hamidi.
Demikianlah Artikel Muhyiddin diberikan sebulan selesaikan rundingan dengan Pas
Sekianlah artikel Muhyiddin diberikan sebulan selesaikan rundingan dengan Pas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin diberikan sebulan selesaikan rundingan dengan Pas dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/muhyiddin-diberikan-sebulan-selesaikan.html