MUJURLAH TUN M TIDAK HANYA BERMAIN DENGAN CUCU...

MUJURLAH TUN M TIDAK HANYA BERMAIN DENGAN CUCU... - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MUJURLAH TUN M TIDAK HANYA BERMAIN DENGAN CUCU..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MUJURLAH TUN M TIDAK HANYA BERMAIN DENGAN CUCU...
link : MUJURLAH TUN M TIDAK HANYA BERMAIN DENGAN CUCU...

Baca juga


MUJURLAH TUN M TIDAK HANYA BERMAIN DENGAN CUCU...

shahbudindotcom


Susulan bidasan Nazri Aziz yang menyifatkan era diktator Tun Mahathir Mohamad sudah berakhir dan mahu beliau hanya menghabiskan sisa-sisa usianya bermain dengan cucu, bekas Perdana Menteri itu tidak mengambil masa yang panjang menjawabnya.

Dalam tulisan di blognya semalam untuk menjawab perkara itu, jelas kita dapat memahami betapa sayangnya Tun Mahathir kepada negara ini dan masa depan rakyatnya.

Sebagaimana beliau keluar daripada persaraannya untuk menyingkirkan Tun Abdullah Badawi kerana kerakusan "budak-budak tingkat 4" menguasai institusi Perdana Menteri ketika itu, kini misinya ialah untuk "menghalang Najib Razak daripada terus merosakkan negara".

Hakikatnya semua orang sedar timbunan perbuatan Najib yang memang merosakkan negara, tetapi tidak ada yang berani bersuara kerana lebih memikirkan poket, perut, jawatan dan dedak.

Di era Najib ini, sokongan kepada UMNO untuk kebaikan negara sudah bertukar menjadi sokongan kepada peribadi Najib untuk mengutip apa saja kepentingan peribadi yang boleh diraih.

Sehubungan itu, kita rakyat Malaysia yang berfikir tidak saja berkaitan poket, perut, jawatan dan dedak untuk diri sendiri, seharusnya bersyukur dengan sedianya Tun Mahathir kembali ke kancah perjuangan kerana kini lebih mungkin anak-anak dan cucu kita mempunyai masa depan yang lebih bahagia untuk mereka.

Jika Tun Mahathir hanya memikirkan tentang dirinya dan kepentingan masa depan anak-anaknya sambil mempunyai lebih banyak masa bemain dengan cucu, tentulah lebih baik baginya menjadi pendiam dan menyokong apa saja yang dilakukan Najib.

Tetapi, dengan terus berjuang dan menghadkan masa bersama cucu, beliau bukan saja hilang banyak kemeriahan di usia tuanya, bahkan masa depan anak-anaknya juga jadi tidak menentu.

Sebenarnya, inilah yang membezakan antara seorang tua berusia 91 tahun yang dalam nafasnya masih sayangkan negara berbanding orang lain yang hanya mampu berkata, "tak apalah sebab kini zaman Najib menguruskan negara."

Berdiam diri dengan kecurangan yang berlaku di depan kata, antaranya pembaziran, naik jet sesuka hati, 1MDB,  ribu-ribu juta dalam akaun peribadi dan menambah hutang secara menggadai negara, lebih memungkinkan keadaan menjadi lebih buruk untuk masa depan negara.

Dengan hutang negara terus menimbun, bagaimanakah kita boleh berharap Najib mampu menyediakan peruntukan yang lebih baik untuk rakyat jelata?

Soalnya, mengapa Nazri tiba-tiba mahukan Tun Mahathir hanya bermain dengan cucu saja?

Tidakkah beliau juga pernah berkata Tun Mahathir sudah tua dan tidak berupaya pun memecahkan gelas dengan balingannya?

Jika baling gelas pun tak pecah, kenapa seolah-olah takut dengan terusnya Tun Mahathir berada dalam gelanggang perjuangan?

Mungkin Nazri mula sedar betapa tingginya penolakan rakyat kepada Najib ketika ini dan kedudukannya hanya dapat diselamatkan jika akhirnya Tun Mahathir memilih untuk berdiam diri dan hanya bermain-main dengan cucu-cucunya.

Dalam hal ini, rakyat Malaysia bukan saja harus berbangga, malah sepatutnya tiada pilihan selain bersama-sama menyokong perjuangan Tun Mahathir untuk menyingkirkan Najib dan menyelamatkan negara ini. Beliau kini bukan lagi berjuang untuk diri atau anak-anaknya, tetapi untuk masa depan anak-anak cucu kita semua.

Ia berbeza dengan Najib, perjuangannya kini hanyalah untuk menyelamatkan masa depan dan kedudukan peribadinya saja. Beliau tidak lagi menjadikan UMNO sebagai landasan membela rakyat, tetapi sebagai "kuda tunggangan" untuk keselamatannya.

Bayangkan berapa banyak lagi "bala" akan menimpa kita dan menjadi tatapan dunia kiranya Tun Mahathir lebih suka berdiam diri saja dan sayangkan cucu-cucunya melebihi sayangkan negara?

Sementara Tun Mahathir dengan senang hati melepaskan jawatannya secara sukarela pada 2003 kerana tiada apa-apa beban peribadi yang dipergantungkannya kepada UMNO, Najib sebaliknya paling takut masa depan peribadinya terhumban sama dengan kejatuhan UMNO.

Bagaimanakah rakyat dan negara boleh terus mengharapkan Najib membawa walau setitis kebaikan sedangkan masa depannya sendiri, anak-anak dan isteri lebih besar untuk diselamatkan lagi? 




Demikianlah Artikel MUJURLAH TUN M TIDAK HANYA BERMAIN DENGAN CUCU...

Sekianlah artikel MUJURLAH TUN M TIDAK HANYA BERMAIN DENGAN CUCU... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MUJURLAH TUN M TIDAK HANYA BERMAIN DENGAN CUCU... dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/mujurlah-tun-m-tidak-hanya-bermain.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :