Judul : Nasib saya berbeza jika Tun M jadi Presiden PPBM, kata Anina
link : Nasib saya berbeza jika Tun M jadi Presiden PPBM, kata Anina
Nasib saya berbeza jika Tun M jadi Presiden PPBM, kata Anina
MALAYSIA DATELINEAhli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Anina Saadudin, percaya nasibnya mungkin berbeza jika Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi presiden parti itu.
Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Srikandi PPBM pada 2 November lalu, percaya pemecatannya dibuat atas arahan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Jika (Pengerusi PPBM) Dr Mahathir yang menjadi presiden, keputusannya pasti berbeza. Saya percaya keputusan Majlis Presiden ini tiada kaitan dengan pengerusi," katanya seperti dilapor BH hari ini.
Anina turut mempersoalkan kewujudan Majlis Presiden dalam PPBM kerana perlembagaan parti itu tidak menyatakan mengenai kewujudan majlis berkenaan.
Katanya, ketika Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh, memaklumkan perkara itu minggu lalu, kedua-duanya menyatakan keputusan itu dibuat oleh Majlis Presiden.
"Saya tidak sedar kewujudan majlis ini. Sepanjang pengetahuan saya sebagai antara tujuh orang pengasas PPBM, tidak ada dalam perlembagaan parti menyatakan kewujudan Majlis Presiden. Mungkin ia ditubuhkan oleh Muhyiddin," dakwanya.
Demikianlah Artikel Nasib saya berbeza jika Tun M jadi Presiden PPBM, kata Anina
Sekianlah artikel Nasib saya berbeza jika Tun M jadi Presiden PPBM, kata Anina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nasib saya berbeza jika Tun M jadi Presiden PPBM, kata Anina dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/nasib-saya-berbeza-jika-tun-m-jadi.html