Judul : Panjat 'Ipoh', kumpulan remaja akan disiasat
link : Panjat 'Ipoh', kumpulan remaja akan disiasat
Panjat 'Ipoh', kumpulan remaja akan disiasat
IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja yang memanjat papan tanda gergasi Ipoh yang viral di laman sosial.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat papan tanda tersebut kerana ia amat berbahaya dan berisiko tinggi.
Katanya, ia bukan sahaja membahayakan nyawa individu yang memanjat struktur papan tanda itu tetapi melibatkan keselamatan pengguna jalan raya iaitu Jalan Kuala Kangsar yang sangat sibuk.
"Struktur yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu-individu tersebut dan sekiranya selepas ini berlaku sebarang insiden yg melibatkan perkataan 'IPOH' tersebut tumbang dan menimpa pengguna-pengguna jalan raya, pihak MBI ingin menegaskan bahawa ia berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.
"MBI akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut dan akan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan keras dikenakan terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini serta akan mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.
Demikianlah Artikel Panjat 'Ipoh', kumpulan remaja akan disiasat
Sekianlah artikel Panjat 'Ipoh', kumpulan remaja akan disiasat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Panjat 'Ipoh', kumpulan remaja akan disiasat dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/panjat-ipoh-kumpulan-remaja-akan.html