PKR marah dan kecewa penahanan 47 Orang Asli Gua Musang

PKR marah dan kecewa penahanan 47 Orang Asli Gua Musang - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR marah dan kecewa penahanan 47 Orang Asli Gua Musang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR marah dan kecewa penahanan 47 Orang Asli Gua Musang
link : PKR marah dan kecewa penahanan 47 Orang Asli Gua Musang

Baca juga


PKR marah dan kecewa penahanan 47 Orang Asli Gua Musang

MALAYSIA DATELINE
 
 
Isteri Orang Asli ini menangis di perkarangan mahkamah apabila suaminya ditahan.Isteri Orang Asli ini menangis di perkarangan mahkamah apabila suaminya ditahan.

PKR melahirkan rasa marah dan kecewa mereka dengan penahanan 47 Orang Asli di Gua Musang kelmarin, kata naib presidennya Samsul Iskandar Mohd Akin.

"Kami amat marah dan kecewa dengan penahanan 47 Masyarakat Orang Asal susulan tindakan berani mereka membina sekatan balak bagi mempertahankan hak tanah adat daripada dicerobohi dimana ianya merupakan sumber utama makanan dan mata pencarian," kata ahli parlimen Bukit Katil, Melaka itu.

PKR marah dan kecewa di atas tindakan kerajaan negeri Kelantan menahan Orang Asli, kata Samsul IskandarPKR marah dan kecewa di atas tindakan kerajaan negeri Kelantan menahan Orang Asli, kata Samsul IskandarBagi beliau, tindakan Jabatan Perhutanan di bawah kerajaan negeri Kelantan menahan 47 Orang Asal dan keluarga mereka bukan sahaja kehilangan tempat perlindungan, malah kehilangan hak ke atas tanah dan sumber alam sepertimana yang termaktub dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Hak Orang Asal (UNDRIP).

UNDRIP merupakan “piawai minimum untuk mempertahankan kewujudan, martabat dan kesejahteraan Orang Asal sedunia” bagi memastikan supaya kesemua 370 juta Orang Asal sedunia tidak akan berhadapan dengan diskriminasi ataupun eksploitasi, katanya.

"Walaupun hampir 10 tahun Malaysia mengundi untuk mempersetujui pengesahan UNDRIP dalam Perhimpunan Agung PBB pada 13 September 2007, hak Orang Asal ke atas tanah dan sumber masih dinafikan," katanya.

Menurut beliau, Perkara 8(5)(C) Perlembagaan Persekutuan, secara tuntas memperuntukkan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menjaga hal ehwal Orang Asal.

Begitu juga di dalam Akta 134, tahun 1954 hak mereka mesti dilindungi khususnya terhadap tanah yang diduduki, katanya.

Bagi beliau, Orang Asal adalah antara kumpulan masyarakat yang termiskin dan minoriti di dalam negara.
Hak mereka ke atas tanah dan sumber seharusnya dihormati dan dilindungi bagi meningkatkan mutu kehidupan mereka, katanya.

Begitu juga, pembangunan mapan juga mesti diamalkan bagi melindungi alam semulajadi daripada kemusnahan.

Ini adalah antara prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat dan telahpun diterjemahkan dalam bentuk program dan dasar di Selangor, antaranya Sambutan Hari Orang Asal Sedunia dan pembentukan Badan Bertindak Tanah Orang Asal Selangor (BBTOAS), katanya.

"Kami mendesak Anggota Dewan Negara mewakili Orang Asal, YB Senator Isa Ab Hamid dan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Ismail Sabri Bin Yaakob untuk menyatakan pendirian mereka terhadap penahanan Masyarakat Orang Asal ini.

"Kami juga menyeru Kerajaan Negeri Kelantan mencari penyelesaian secara muafakat dalam perkara ini supaya masyarakat Orang Asal di Gua Musang tidak terus hidup dalam kesusahan dan terbiar.

"Kami juga berpandangan sudah sampai masanya YBM Ahli Parlimen Gua Musang memainkan peranan yang proaktif di dalam merungkai permasalahan ini," katanya.

Kepedulian rakyat dan rasa kemanusiaan seharusnya menjadi prinsip asas mana-mana pentadbiran bagi memastikan rakyat hidup saksama, sejahtera dan selamat, katanya.

Kesemua Orang Asli yang ditahan telah dibebaskan pagi ini.

Orang Asli ini menangis selepas mereka dibebaskan.Orang Asli ini menangis selepas mereka dibebaskan.

 


Demikianlah Artikel PKR marah dan kecewa penahanan 47 Orang Asli Gua Musang

Sekianlah artikel PKR marah dan kecewa penahanan 47 Orang Asli Gua Musang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR marah dan kecewa penahanan 47 Orang Asli Gua Musang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/pkr-marah-dan-kecewa-penahanan-47-orang.html

Subscribe to receive free email updates: