Politik berubah-ubah mungkin gagal tumbangkan BN - Penganalisis

Politik berubah-ubah mungkin gagal tumbangkan BN - Penganalisis - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Politik berubah-ubah mungkin gagal tumbangkan BN - Penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Politik berubah-ubah mungkin gagal tumbangkan BN - Penganalisis
link : Politik berubah-ubah mungkin gagal tumbangkan BN - Penganalisis

Baca juga


Politik berubah-ubah mungkin gagal tumbangkan BN - Penganalisis

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pendekatan politik yang tidak konsisten di kalangan parti-parti pembangkang menyebabkan misi untuk menjatuhkan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mungkin gagal dicapai, demikian menurut penganalisis politik Prof Dr Nasrudin Mohammed.
 
Pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM itu berkata sikap pembangkang yang obses untuk menjalinkan kerjasama dengan parti serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang didokong oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad nyata tidak diterima rakyat.
 
Malah sikap tegas PAS yang tidak setuju dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) dalam aktiviti menukar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dengan cara yang tidak sah turut mengundang kepada kegagalan itu, katanya.
 
"Kita melihat suasana politik semasa dimana keadaan parti politik cuba untuk bergabung dimana yang mungkin dan menjarakkan diri untuk satu matlamat iaitu menumbangkan (kerajaan) Barisan Nasional dan dalam suasana ini parti yang jelas berdepan dengan risiko adalah Umno BN.
 
"Saya rasa apa yang berlaku sekarang ini merupakan tindakan parti politik yang mula menetapkan bahawa parti mereka melalui idealisme perjuangan masing-masing. Ada sedikit perubahan yang dilakukan oleh beberapa buah parti namun ada juga parti yang tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berubah, macam DAP tetap begitu," katanya kepada Antarapos.
 
Malah, kewujudan Amanah dalam gabungan PH menyebabkan PAS enggan menyertai gabungan itu kerana adanya Amanah yang dianggap pengkhianat oleh PAS.
 
"PAS kelihatan kembali cuba untuk mengekalkan idealisme mereka semula setelah lama agak tersasar dan kehilangan pengundi terutamanya dengan tindakan PAN (Amanah). Ini yang menghuru-harakan suasana politik semasa terutamanya dalam blok pembangkang.
 
"Ada kemungkinan PAS sebenarnya terpaksa mengambil pendirian sebegini (bersendirian) kerana dia tersepit dan tidak boleh terlalu kehadapan dalam konteks Pakatan Harapan dan tidak boleh dilihat terlalu menyebelahi atau menyokong Umno BN dan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memperlihatkan bahawa PAS perlu berhati-hati dan mungkin redha dengan keadaan semasa ini terutamanya apabila PAS terpaksa berhadapan dengan tegas dalam isu Amanah khususnya," katanya.
 
Terbaru PH dan PPBM mengikat perjanjian untuk meletakkan satu calon mewakili gandingan itu untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Perjanjian itu ditandatangani bersama oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), Mohamad Sabu (Presiden AMANAH) dan Muhyiddin sendiri selaku Presiden PPBM.
 
Justeru itu menurut Dr Nasrudin, Umno BN tidak harus memandang enteng penglibatan parti serpihannya PPBM yang diterima baik dalam blok pembangkang bagi menghadapi parti pimpinan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kelak.
 
"Jual beli dan tawaran antara parti politik dalam pembangkang itu semakin rancak terutamanya ada parti baru yang dilihat punya potensi yang tidak diyakini potensinya secara besar-besaran terutamanya Bersatu (PPBM) tetapi ia menyumbang kepada kerancakan blok pembangkang untuk menyusun strategi tumbangkan Umno BN.
 
"Hal ini menyebabkan Pilihan Raya yang bakal menjelang sebagai satu pilihan raya yang boleh dianggap sebagai penentu perjalanan dan hala tuju politik Malaysia yang mungkin berbeza dengan yang sebelumnya.
 
"PPBM dilihat sebagai satu elemen yang menjadikan pembangkang itu lebih menarik terutamanya dalam situasi khususnya DAP yang sebelum ini sebagai tunjang kerana kemenangan besar. PPBM menjadi elemen besar yang mungkin boleh menetapkan hala tuju baru dalam kalangan blok pembangkang," katanya lagi.
 
 


Demikianlah Artikel Politik berubah-ubah mungkin gagal tumbangkan BN - Penganalisis

Sekianlah artikel Politik berubah-ubah mungkin gagal tumbangkan BN - Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Politik berubah-ubah mungkin gagal tumbangkan BN - Penganalisis dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/politik-berubah-ubah-mungkin-gagal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :