PRU14: Rahman minta pengundi Melayu hati-hati pilih kerajaan

PRU14: Rahman minta pengundi Melayu hati-hati pilih kerajaan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Rahman minta pengundi Melayu hati-hati pilih kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Rahman minta pengundi Melayu hati-hati pilih kerajaan
link : PRU14: Rahman minta pengundi Melayu hati-hati pilih kerajaan

Baca juga


PRU14: Rahman minta pengundi Melayu hati-hati pilih kerajaan

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar & Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pengundi khususnya Melayu diminta berwaspada untuk membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang kerana keputusan mereka bakal menentukan masa depan negara.   
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, sekiranya pengundi memilih pembangkang, Malaysia bakal menjadi sebuah negara 'sekular' sebagaimana yang dicita-citakan DAP.   
 
"Kalau pilihan kepada DAP, bermakna orang Malaysia terutamanya orang Melayu terpaksa menerima hakikat bahawa DAP mahukan Malaysian Malaysia, dan mahukan negara sekular.
 
"Nak pilih DAP atau Umno kerana pembangkang akan dikepalai DAP sebab ia parti terbesar dalam pembangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak sebentar tadi.
 
Beliau mengulas mengenai peringatan Najib kepada ahli Umno supaya membuat pilihan yang tepat sekiranya mahukan hak dan keistimewaan orang Melayu serta peningkatan syiar Islam dipertahankan sebagaimana yang dilakukan Umno.   
 
Najib dalam ucapan dasarnya pagi tadi berkata, hak dan keistimewaan orang Melayu serta peningkatan syiar Islam yang dipupuk dan dipertahankan Umno selama ini akan terhakis, malah "pupus" sekiranya pengundi memilih Pakatan Harapan pimpinan DAP pada PRU14.
 
Najib berkata PRU akan datang, memberi pilihan kepada  rakyat sama ada mengekalkan keindukan kerajaan pimpinan Umno atau keindukan kerajaan pimpinan DAP yang mempunyai perjuangan sempit dan mengancam survival Bumiputera. 
 
"Pada ketetapan takdir ini kelaklah, sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya, pastinya, hak dan keistimewaan yang diperjuang serta dipertahankan oleh Umno selama ini, termasuk Institusi-institusi Bumiputera antaranya MARA, FELDA, RISDA, FELCRA dan TERAJU akan pupus dan lenyap. 
 
"Begitulah juga institusi pengajian tinggi kebanggaan orang Melayu dan Bumiputera selama 60 tahun, yakni Universiti Teknologi Mara, tidak akan lagi mampu mengekalkan falsafah penubuhannya," kata Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016.
 
"(Juga) pastinya kita sebagai umat Islam akan berasa risau, sakit hati dan marah laksana diracun dan didamak, apabila syiar Islam dan pengamalannya akan tentu diremeh-remehkan sekiranya DAP yang memerintah," kata Najib.
 
 
 


Demikianlah Artikel PRU14: Rahman minta pengundi Melayu hati-hati pilih kerajaan

Sekianlah artikel PRU14: Rahman minta pengundi Melayu hati-hati pilih kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Rahman minta pengundi Melayu hati-hati pilih kerajaan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/pru14-rahman-minta-pengundi-melayu-hati.html

Subscribe to receive free email updates: