Serbu pusat judi, Jamal tak takut terima ugutan

Serbu pusat judi, Jamal tak takut terima ugutan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Serbu pusat judi, Jamal tak takut terima ugutan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Serbu pusat judi, Jamal tak takut terima ugutan
link : Serbu pusat judi, Jamal tak takut terima ugutan

Baca juga


Serbu pusat judi, Jamal tak takut terima ugutan

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos tidak gentar dengan sebarang ugutan mahupun ancaman daripada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya menyerbu premis perjudian baru-baru ini.
 
Tegasnya, beliau percaya dengan sistem keselamatan dan undang-undang negara yang lebih berkuasa daripada samseng yang diupah pusat judi berkenaan.
 
"Bagi saya keselamatan ini dibawah polis, negara kita ni ada undang-undang yang dijaga oleh pihak polis dan agensi-agensi berkaitan dengannya.
 
"Jadi kalau kata kita takut dengan gangster 'underground' punya perniagaan ini, adakah mereka ini lebih berkuasa daripada pihak yang berkuasa?, soal beliau ketika dihubung Antarapos.
 
Jamal memberitahu selepas tindakannya itu, beliau ada menerima beberapa ancaman namun enggan mengulas lanjut.
 
Terdahulu Jamal menyerbu sebuah pusat mesin permainan judi elektrik di Pekan Sekinchan.
 
Tindakan beliau itu menyebabkan penjaga pusat dan beberapa pelanggan mereka bertempiaran lari.
 
Serbuan itu dibuat selepas resort miliknya, Sekin Fisherman Village Hotel & Resort itu dirobohkan.
 
Selepas itu, beliau menyerbu pusat judi di Ampang pula.
 
Beliau turut mempertahankan tindakannya yang menyerbu pusat judi haram itu hanyalah sekadar membuat lawatan bersama media bagi menunjukkan bahawa aktiviti seperti itu sebenarnya masih berleluasa di Selangor.  
 
"Saya tidak berhasrat untuk melanggar undang-undang, tujuan saya datang bukanlah nak buat serbuan seperti pihak polis dan penguatkuasa yang lain. Saya hanya orang awam dan NGO, jika dilihat saya hanya datang melawat bersama rakan-rakan media.
 
Jamal juga meminta supaya kerajaan negeri dan pihak berkaitan lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan lesen perniagaan seperti ini.
 
"Jadi saya berharap Azmin Ali dan kerajaan negeri boleh mengarahkan PBT jangan mengeluarkan lesen, apabila tidak berlesen senanglah pihak berkuasa untuk buat serbuan. Kalau nak salahkan polis semata-mata, tapi polis akan kata ini adalah kuasa PBT (kerana) keluarkan lesen.
 
"Saya berharap bila tahun 2017 menjelang, aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dan merosakkan masyarakat (dihentikan). Selangor adalah negeri maju, kalau masyarakatnya jadi taik judi apakah gunanya," katanya lagi.
 
 


Demikianlah Artikel Serbu pusat judi, Jamal tak takut terima ugutan

Sekianlah artikel Serbu pusat judi, Jamal tak takut terima ugutan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Serbu pusat judi, Jamal tak takut terima ugutan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/serbu-pusat-judi-jamal-tak-takut-terima.html

Subscribe to receive free email updates: