Tidak wajar bermesra dengan Iran ketika Aleppo dibom

Tidak wajar bermesra dengan Iran ketika Aleppo dibom - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tidak wajar bermesra dengan Iran ketika Aleppo dibom, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tidak wajar bermesra dengan Iran ketika Aleppo dibom
link : Tidak wajar bermesra dengan Iran ketika Aleppo dibom

Baca juga


Tidak wajar bermesra dengan Iran ketika Aleppo dibom

MALAYSIA DATELINE
 
 
Hadi bersama ulama Iran ketika Aleppo teruk dibom oleh tentera Basyar dan sekutunya termasuk Iran.Hadi bersama ulama Iran ketika Aleppo teruk dibom oleh tentera Basyar dan sekutunya termasuk Iran.Parti Amanah Negara tidak bersetuju dengan tajuk berita sebuah portal yang menyebut "Amanah pertahan lawatan Hadi ke Iran" kerana bagi parti itu, menghadiri
'Muktamar Perpaduan Ummah' dan beramah mesra dengan pemimpin Iran di waktu rakyat Syria khususnya di Aleppo dibunuh adalah satu tindakan yang tidak wajar.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad,  dalam satu kenyataan berkata, ada portal berita yang telah meletakkan tajuk berita "Amanah pertahan lawatan Hadi ke Iran".

Namun, katanya apabila isi kandungan berita tersebut dibaca, tiada terdapat walaupun satu ayat yang menyatakan sokongan terhadap lawatan tersebut.

Menurutnya, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, sekadar menceritakan latar belakang program tersebut.

Ianya adalah program tahunan sempena Maulidur Rasul di mana Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah hadir hampir setiap tahun sejak ianya dimulakan 30 tahun dahulu.

Apabila Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang ditanya pandangannya mengenai kehadiran Abdul Hadi pada program tersebut, beliau menjawab "itu hak dia", kata Khalid.

"Presiden dan Penasihat Umum Amanah sengaja tidak mahu menjawab dengan lebih panjang lagi. Jawapan yang diberikan bukan satu pembelaan atau sokongan terhadap lawatan Abdul Hadi.

"Ianya sekadar jawapan ringkas kerana tidak mahu dilihat 'mengambil kesempatan' mengkritik tindakan Presiden Pas itu demi keuntungan politik," jelas beliau.

Bagi Khalid, memadai untuk dijelaskan bahawa Ustaz Ahmad Awang dan Timbalan Penasihat Umum Amanah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin turut menerima jemputan untuk hadir ke program berkenaan.

"Kedua-dua mereka bagaimanapun tidak hadir," kata Khalid yang dipercayai merujuk kepada persidangan yang dihadiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Tehran baru-baru ini.



Demikianlah Artikel Tidak wajar bermesra dengan Iran ketika Aleppo dibom

Sekianlah artikel Tidak wajar bermesra dengan Iran ketika Aleppo dibom kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tidak wajar bermesra dengan Iran ketika Aleppo dibom dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/tidak-wajar-bermesra-dengan-iran-ketika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :