Judul : Visa hampir luput, bawa kami balik - Pramugari
link : Visa hampir luput, bawa kami balik - Pramugari
Visa hampir luput, bawa kami balik - Pramugari
Kira-kira 50 kakitangan Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd (Eaglexpress) dibelenggu rasa bimbang berikutan visa mereka menghampiri tarikh luput dan sehingga hari ini masih belum ada pengesahan untuk dibawa pulang ke Malaysia.
MalaysiaGazette difahamkan, rata-rata visa kakitangan luput pada minggu ketiga dan keempat pada bulan ini.
Meskipun perkara itu sudah dimaklumkan kepada syarikat penerbangan itu, namun tidak ada tindakan serius dilakukan oleh mereka, menurut seorang pramugari Eaglexpress.
"Dalam taklimat baru-baru ini, kami ada maklumkan perkara itu tetapi majikan tidak boleh memberi jaminan bila kami dapat balik ke Malaysia.
"Sekarang ini kesemua kami masih terbang kerana umrah sudah bermula tetapi kalau ada dalam kalangan kami yang visanya luput maka tidak boleh bekerja.
"Wakil Eaglexpress cuma meminta kami duduk di dalam rumah jika visa sudah tamat tempoh bagi mengelakkan masalah lain berlaku," katanya melalui perbualan telefon.
Kegagalan Eaglexpress memberi jaminan itu menyebabkan ada kakitangan lain bertindak membeli tiket sendiri kerana tidak mahu mengambil risiko.
Beliau memberitahu MalaysiaGazette, mereka sepatutnya balik pada 27 November lalu kerana Eaglexpress ada penerbangan membawa jemaah umrah dari Malaysia tetapi ditangguhkan selepas syarikat itu gagal mendapat permit mendarat.
Jadi, katanya, kakitangan yang masih berada di Jeddah terpaksa menunggu tarikh baru yang belum pasti.
"Kami berharap Eaglexpress dapat membawa kami pulang sebelum atau pada 31 Disember kerana khuatir berada di Jeddah tanpa visa yang sah.
"Lagipun, kalau tidak ada visa kami tidak dapat terbang, jadi buat apa kami berada di sini lagi," ujarnya.
Wanita muda itu berkata, kakitangan yang masih di Jeddah bukan tidak boleh balik sendiri tetapi sumber kewangan terhad.
Beliau yang sudah lebih dua tahun bekerja dengan Eaglexpress juga memberitahu, kehidupan harian mereka semakin terhimpit selepas syarikat penerbangan tersebut masih gagal melunaskan gaji asas sejak bulan Oktober dan November manakala elaun tidak dibayar sejak Januari lagi.
Ini tidak termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Perkeso yang tertunggak lama.
Katanya, kebanyakan kakitangan Eaglexpress terpaksa mendapat bantuan ihsan daripada keluarga masing-masing bagi meneruskan kelangsungan hidup di sana.
Beliau berkata, Eaglexpress ada menyediakan rumah dan satu hidangan setiap hari pada waktu pagi.
Manakala untuk mengisi perut pada waktu tengah hari dan malam, pekerja perlu tanggung sendiri.
"Layanan Eaglexpress ini memang tidak sepatutnya tetapi kami cuba bersabar kerana sayangkan kerjaya ini. Tetapi balaslah kesetiaan kami ini dengan mengambil kira kebajikan dan keperluan pekerja," tambah beliau.
Katanya, sehingga hari ini kakitangan tidak dimaklumkan dengan jelas tentang kemelut yang dihadapi oleh Eaglexpress sehingga masalah kewangan yang dihadapi berlarutan. - MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Visa hampir luput, bawa kami balik - Pramugari
Sekianlah artikel Visa hampir luput, bawa kami balik - Pramugari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Visa hampir luput, bawa kami balik - Pramugari dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/visa-hampir-luput-bawa-kami-balik.html