40 laporan umrah tipu di Terengganu babit RM14.2 juta

40 laporan umrah tipu di Terengganu babit RM14.2 juta - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 40 laporan umrah tipu di Terengganu babit RM14.2 juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 40 laporan umrah tipu di Terengganu babit RM14.2 juta
link : 40 laporan umrah tipu di Terengganu babit RM14.2 juta

Baca juga


40 laporan umrah tipu di Terengganu babit RM14.2 juta

 
Polis berkata ramai mangsa tampil membuat laporan selepas tersebarnya berita 2 suspek terlibat dengan kes tersebut ditahan minggu lepas.


mohd-zamri-mohd-rowi_polis_haji_60012


BESUT: Lebih ramai mangsa penipuan pakej umrah yang diuruskan Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) dijangka tampil membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata setakat kelmarin pihaknya menerima 40 laporan berhubung kes penipuan itu yang melibatkan 4,000 mangsa dengan nilai wang kutipan sebanyak RM14.2 juta sejak 21 November lepas.

Zamri berkata ramai mangsa tampil membuat laporan selepas tersebarnya berita 2 suspek terlibat dengan kes tersebut ditahan minggu lepas.

“Bilangan mangsa yang membuat laporan dijangka meningkat berdasarkan senario semasa dengan 5 laporan diterima kelmarin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Minggu lalu, polis mendapatkan perintah tahanan reman 4 hari ke atas 2 lelaki termasuk seorang pengarah bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah anjuran YBNT membabitkan kira-kira 4,000 mangsa dengan nilai jutaan ringgit.

Suspek masing-masing berusia 28 tahun dan 30-an ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, Zamri berkata 2 suspek utama dalam kes tersebut ada membuat 3 laporan polis kerana mendakwa menerima ugutan.

“Polis percaya ugutan tersebut dilakukan mangsa yang berang kerana merasakan tertipu dan inginkan wang mereka dipulangkan,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan dan Seksyen 506/427 kanun sama kerana ugutan dan khianat,” katanya.



Demikianlah Artikel 40 laporan umrah tipu di Terengganu babit RM14.2 juta

Sekianlah artikel 40 laporan umrah tipu di Terengganu babit RM14.2 juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 40 laporan umrah tipu di Terengganu babit RM14.2 juta dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/40-laporan-umrah-tipu-di-terengganu.html

Subscribe to receive free email updates: